Ujian Psikometrik Sahsiah dan Minat PTD (Ujian Psikologi SPA)

Update: Berdasarkan PTD Outreach yang diadakan pada 15 Januari 2016. Ujian Psikometrik Sahsiah dan Minat PTD akan diadakan khas untuk calon yang lulus peperiksaan online yang diadakan pada 19 Januari 2016.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ambilan 2016 akan melibatkan penambahan satu Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik PTD. Ujian ini tidak banyak bezanya dengan Ujian Sahsiah dan Minat. Berikut sedikit informasi berkaitan Ujian Psikometrik SPA dan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik PTD.

Isi Kandungan

TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD DIADAKAN

Tujuan utama Ujian Psikometrik PTD diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.

Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan di jawat nanti.

Ujian Psikometrik PTD (Ujian Psikologi SPA) ini merupakan salah satu Seksyen wajib jawab bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik 2016 setelah Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini diadakan secara online.

Ia merupakan Seksyen peperiksaan khas bagi mengantikan Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.

UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Seksyen Ujian Psikometrik PTD dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.

Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.

Baca juga: Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Baca juga: Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD

Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD

Penilaian Ujian Psikometrik, Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

Ujian Sahsiah dan Minat PTD Ujian Psikologi SPA

DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Anda ingin dapatkan contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik M41? Ingin ketahui bagaimana menjawab? Calon kini tidak perlu risau dengan adanya panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang akan dikeluarkan nanti.

Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Contoh Soalan Peperiksaan PTD

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

Nota: Jualan akan dilakukan dalam masa terdekat. Sila langgan dan daftar sebagai pembaca untuk mendapat hebahan awal jualan terus ke email anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...