[Lengkap] Senarai Bidang Tugas Pegawai Eksekutif LHDN

Tahukah anda yang bidang tugas Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) itu sendiri.

Seperti mana-mana jawatan sektor kerajaan yang lain bidang tugas jawatan adalah satu perkara yang perlu calon ambil tahu. Ini penting untuk memudahkan anda menjawat jawatan tersebut dan melaksanakan tugas dengan baik.

Sedikit perkongsian ringkas mengenai Tugas Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Semoga dapat membantu anda.

Berikut merupakan pecahan jawatan Pegawai Eksekuf LHDNM dan bidang tugas setiap jawatan.

1. Pegawai Eksekutif Penaksiran Gred 41
2. Pegawai Eksekutif Pentadbiran Gred 41
3. Pegawai Eksekutif Perundangan Gred 41
4. Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat Gred 41
5. Pegawai Eksekutif Kejuruteraan Gred 41
6. Pegawai Eksekutif Perakaunan Gred 41

Isi Kandungan

TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF PENAKSIRAN 41

  1. Menjalankan operasi Pematuhan Cukai, Audit Meja, Audit Pengurusan, Audit Komputer, Audit Kewangan dan Lawatan Audit Luar.
  2. Menjalankan tugas‐tugas pendakwaan di mahkamah bagi kes‐kes jenayah yang disabitkan dan dibicarakan.
  3. Memberi khidmat kepada pembayar cukai menaksir pendapatan yang kena cukai.
  4. Bertanggungjawab terhadap kerja‐kerja pemungutan cukai

TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF PENTADBIRAN 41

  1. Menguruskan hal-hal perkhidmatan meliputi urusan pengambilan, pertukaran, pengesahan jawatan, tanggung kerja, tamat perkhidmatan dan lain-lain urusan yang berkaitan.
  2. Menguruskan perolehan pembelian secara rundingan terus, pertambahan kerja / peningkatan kos, pembelian kontrak pusat.
  3. Mengendalikan urusan gaji, elaun dan kemudahankemudahan lain pegawai.
  4. Mengurus dan melaksanakan majlis rasmi LHDNM

TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF PERUNDANGAN 41

  1. Mengendalikan / membantu mengendalikan kes-kes pungutan cukai di peringkat pra-penghakiman termasuk kes-kes interlokutori sivil dan bicara penuh di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
  2. Membantu dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan LHDNM di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
  3. Membantu pegawai atasan dalam mengendalikan semua kes rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;
  4. Memberikan pendapat undang-undang berkaitan pelaksanaan penghakiman;
  5. Mengendalikan kes penggulungan syarikat, kebankrapan, saman penghutang penghakiman, writ penyitaan dan penjualan dan perintah larangan yang melibatkan pelaksanaan penghakiman di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
  6. Membuat laporan kes-kes sivil yang dikendalikan di Mahkamah;
  7. Memfailkan jawapan petisyen rayuan ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan menyerahkan kepada Peguam / Pembayar Cukai; Memfailkan Isu, Fakta dan Ikatan Dokumen Yang Dipersetujui ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP);
  8. Menyediakan Hujahan Balas Bertulis setelah semakan dan kajian dibuat ke atas peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan;
  9. Menyediakan laporan penuh keputusan kes dan menyatakan hujahan pihak-pihak dan alasan ringkas yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan; dan
  10. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT 41

  1. Membangun, melaksana dan menyenggara sistem di kerangka utama dan server serta sistem-sistem operasi yang lain digunakan termasuk menyediakan prosedur, dokumentasi dan manual pengguna.
  2. Membangun, melaksana dan menyenggara aplikasi berasaskan web.
  3. Merancang dan merekabentuk sistem yang dibangunkan mengikut turutan program serta menyelia pengaturcara komputer dalam pembangunan program.
  4. Membangun dan menyenggara pangkalan data. Mengurus dan menyenggara perkakasan komunikasi rangkaian selain menyenggara operasi server, storan dan client.
  5. Membuat kajian untuk meningkatkan prestasi penggunaan perisian komputer sedia ada.
  6. Menguruskan keselamatan internet, intranet dan extranet disamping menguatkuasakan dasar, polisi, garis panduan, prosedur serta langkah-langkah keselamatan ICT.
  7. Memberikan khidmat sokongan dan penyelesaian masalah kepada pengguna sistem-sistem berkomputer di LHDNM.

TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF KEJURUTERAAN 41

  1. Mengurus perolehan kerja bagi semua projek pembangunan, pengubahsuaian atau naik taraf, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan dan ruang pejabat LHDNM.
  2. Menyemak dan menyediakan unjuran perbelanjaan bagi semua projek pembangunan LHDNM.
  3. Menguruskan perolehan perkhidmatan perunding bagi semua projek pembangunan LHDNM.
  4. Mengemaskini data maklumat kontrak bagi semua projek pembangunan LHDNM di dalam data Sistem Pemantauan Projek (SPP II).

TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF PERAKAUNAN 41

  1. Penyediaan penyata kewangan tahunan LHDNM.
  2. Penyediaan cadangan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan LHDNM.
  3. Menguruskan pelaburan wang LHDNM.
  4. Menguruskan bayaran emolumen dan perolehan LHDNM.
  5. Menyelenggara dan mengawal selia akaun LHDNM

Secara ringkas di atas merupakan bidang tugas seorang Pegawai Eksekutif LHDNM yang perlu diketahui oleh seorang calon.

INGINKAN CONTOH SOALAN PEGAWAI EKSEKUTIF 41

Anda inginkan lebih banyak maklumat terkini berkaitan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDNM? Pastikan anda dapatkan panduan khas sesi September di bawah.

Rujukan Soalan Pegawai LHDNM

 

Dapatkan segera melalui pautan di atas. Klik image untuk ke laman jualan.

Mohon anda SHARE sekiranya artikel ini bermanfaat dan dapat membantu rakan anda yang lain.

PENAFIAN

Portal EXAMPTD.info tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang kami sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan sahaja.

Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...
Jawatan-jawatan Yang di Sandang Pegawai Skim PTD

Isu-isu Yang di Tanya Dalam Seksyen Pengetahuan AM SPA...

Topik Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online SPA ~ Berikut merupakan isu semasa yang di tanya dalam Seksyen...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Calon Jawatan Kerajaan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Jawatan Kerajaan

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan...