Ciri Kepimpinan Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik

Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang diklasifikasikan sebagai jawatan prima dalam Perkhidmatan Awam merupakan satu tanggungjawab besar bagi mana calon terpilih menjawat jawatan tersebut.

Oleh itu untuk menjawat jawatan ini seorang Pegawai PTD perlulah mempunyai ciri kepimpinan terbaik. Ini termasuk bersifat kreatif dan inovatif dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Setiap Pegawai PTD perlulah melengkapkan diri dengan ciri kepimpinan, bersifat kreatif serta inovatif dalam menjalankan tugas seorang PTD. Penerapan elemen berkenaan perlu ada dalam diri setiap penjawat awam terutamanya PTD supaya mereka boleh memperkenal lebih banyak idea dan program baharu selaras dengan program transformasi kerajaan dalam menuju permodenan negara.

Baca juga: Apa itu PTD?

Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bukan sahaja perlu menjadi pemimpin terbaik dalam organisasi tetapi lebih dari itu boleh memimpin pegawai di bawahan dan dalam masa sama melatih pemimpin yang akan datang dalam PTD.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa juga mengesa agar perkhidmatan awam perlu lebih telus, berorientasikan pelanggan dan cekap dalam bidang teknologi dan terbuka kepada pendekatan lebih inovatif bagi memenuhi ekspektasi rakyat.

Ini semua intipati yang diperlukan untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang baik.

ANDA BERSEDIA MENGALAS TANGGUNGJAWAB INI?

Bagaimana dengan anda calon Peperiksaan PTD 2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi dan menjawab Peperiksaan PTD 2016? Apa persediaan anda? Sudah ada rujukan? atau masih mencari Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik?

Daftarkan nama anda sebagai pembaca laman Exam PTD Malaysia untuk mendapatkan hebahan terus jualan panduan khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016 yang akan diedarkan pihak kami tidak lagi.

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...