Struktur Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41

Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 mempunyai tiga seksyen yang diwajibkan kepada calon untuk lulus. Salah satu seksyen yang terdapat dalam peperiksaan ini adalah Seksyen B iaitu Seksyen Daya Penyelesaian Masalah Matematik. Calon boleh mendapatkan panduan tentang Struktur Dan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 Daya Penyelesaian Masalah di sini.

Seksyen B dalam Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 merupakan seksyen yang menguji calon tentang kepakaran menyelesaikan masalah dan juga melibatkan nombor. Jika di bangku sekolah, seksyen ini boleh disamakan dengan subjek Matematik. Namun, skopnya lebih tertumpu kepada karier sebagai kastam – contohnya seperti kiraan cukai, kiraan hasil dan sebagainya.

Calon perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi soalan-soalan dalam Seksyen B ini seperti mengetahui struktur dan bentuk soalan, trend soalan dan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam soalan tersebut. Calon juga tidak perlu terlalu bimbang dengan soalan-soalan pengiraan dalam Seksyen B ini kerana calon dibenarkan menggunakan kalkulator untuk memudahkan urusan pengiraan.

Sebagai seorang calon, sebelum dipanggil menghadiri temuduga Penguasa Kastam calon perlulah lulus setiap seksyen peperiksaan yang telah ditetapkan. Jadi anda perlulah melakukan persediaan awal dengan mengambil tahu contoh-contoh soalan di bawah.

STRUKTUR SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41 DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan-soalan dalam Seksyen B ini dirangka melalui silibus Sijil Pelajaran Malaysia. Soalan-soalan ini juga dirangka dengan bertujuan untuk menguji tiga kemahiran asas dalam penyelesaian masalah iaitu:

  • Kemahiran Matematik (Menguji pengiraan)
  • Kemahiran Logik (Menguji IQ)
  • Kemahiran Menginterpratasikan Data

Calon dinasihatkan supaya berhati-hati dalam Seksyen B ini kerana soalan-soalannya agak sukar. Masa yang diperuntukkan juga tidaklah lama jika dibandingkan dengan jumlah soalan yang harus dijawab oleh calon. Calon haruslah memanfaatkan masa sepenuhnya. Masa yang dibekalkan dan jumlah soalan yang perlu dijawab oleh calon adalah seperti berikut:

  • Masa: 45 minit
  • Jumlah soalan: 40 soalan

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41 SEKSYEN B

  1. Seramai 40 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 di daerah Sik. Namun, hanya 90% daripada jumlah itu yang layak menduduki peperiksaan tersebut. Seramai 3/4 daripada jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan tersebut telah lulus. Berapakah jumlah orang calon yang lulus dalam peperiksaan itu?A. 27
    B. 30
    C.33
    D.36

Jawapan: A

2. Di dalam sebuah pertandingan hoki, terdapat 8 buah pasukan telah menyertainya. Jika kesemua perlawanan diadakan secara liga, di mana kesemua pasukan yang bertanding akan bertemu antara satu sama lain, berapakah jumlah perlawanan yang akan berlangsung dalam pertandingan tersebut?

A. 21
B. 28
C. 49
D. 56

Jawapan: B

Soalan 3 berdasarkan carta graf di bawah. Carta bar menunjukkan bilangan pelancong dari dalam dan luar negara yang melawat Zoo Negara pada tahun Januari hingga Mac.

Gambar Contoh Soalan Peperiksaan Kastam 1

3. Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah bertambah sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bilangan pelancong pada bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat Zoo Negara bagi bulan April.

A. 160 orang
B. 200 orang
C. 400 orang
D. 560 orang

Jawapan: A

4. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

Gambar Contoh Soalan Seksyen B

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2

Jawapan: A

Soalan 5 adalah berdasarkan pada jadual di bawah.

Gambar Contoh Soalan Seksyen B 2

5. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8500 ialah

A. RM 845
B. RM 825
C. RM 720
D. RM 1050

Jawapan:C

6. Sila pilih padanan yang betul berkenaan karier dan padanan deskripsi yang boleh dipercayai di bawah.

Peguambela: “Saya menyatakan bahawa yang tertuduh tidak bersalah kerana dia tidak ada di tempat kejadian ketika kejadian jenayah tersebut berlaku.”

Jururawat: “Jika anda makan ubat ini sebanyak 2 kali sehari, anda pasti akan sihat sepenuhnya.”

Profesor Ekonomi: “Keadaan inflasi di negara kita akan pulih dan ekonomi negara akan pulih sepenuhnya dalam masa satu tahun lagi. Hal ini berkaitan dengan ekonomi dunia yang sedang berkembang.”

Penganggur: “Saya telah memohon kerja di banyak tempat namun malangnya semua memberikan jawapan bahawa mereka tidak menawarkan kerja kosong.”

A. Jururawat
B. Peguambela
C. Profesor Ekonomi
D. Penganggur

Jawapan: D

7. Dalam sebuah Jabatan kerajaan, yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Keberangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan kerajaan itu setiap hari ialah

A. 1/75
B. 2/75
C. 3/75
D. 4/75

Jawapan: B

8. Hitung nilai bagi X?

Gambar Contoh Soalan Kastam 3

A. 42
B. 45
C. 44
D. 46

Jawapan: A

9. Urutan yang terakhir ialah rajah

Gambar Contoh Soalan Kastam 4

10. Maya membelanjakan 10% daripada gajinya setiap bulan bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika gajinya meningkat sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar untuk kad kredit?

A. 120
B. 110
C. 100
D. 220

Jawapan: B

TIPS MENJAWAB SOALAN DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Seksyen B memerlukan daya pemikiran yang tajam kerana calon perlu berhadapan dengan soalan yang berbentuk pengiraan. Tidak dinafikan juga soalan dalam Seksyen B ini agak sukar.

Calon juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan masa kerana masa yang diberikan tidak banyak dan hanya cukup-cukup. Tidak digalakkan bagi calon untuk meluangkan masa yang terlalu lama dalam manjawab sesuatu soalan yang susah sehingga memakan masa calon untuk menjawab soalan-soalan lain.

Persediaan awal juga amat perlu supaya calon dapat membiasakan diri dengan pengiraan dan juga teknik menyelesaikan masalah.

Untuk maklumat lengkap peperiksaan Penguasa Kastam WK41dan juga contoh soalan seksyen lain, calon boleh rujuk artikel berikut:

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here