Bagi anda yang berminat untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, bolehlah anda membuat permohonan secara terus melalui Portal SPA Malaysia.

Pastikan juga anda telah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan sebelum anda memohon jawatan ini. Anda boleh baca syarat-syarat kelayakan ini di artikel Syarat-syarat Kelayakan Memohon Jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29.

Setelah memohon, anda perlu memeriksa keputusan sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Jika permohonan anda berjaya, anda perlu melalui tapisan pertama iaitu peperiksaan.

Peperiksaan ini merangkumi tiga seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan juga Seksyen C. Seksyen A berkenaan Pengetahuan Am, Seksyen B berkaitan Daya Penyelesaian Masalah dan Seksyen C berkaitan Ujian Psikometrik.

STRUKTUR SOALAN SEKSYEN B

Seksyen B menguji sejauh mana kecerdasan minda calon dalam menyelesaikan masalah. Boleh dikatakan soalan-soalan dalam seksyen ini kebanyakkannya berunsur nombor dan juga melibatkan situasi bermasalah yang perlu diselesaikan.

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Matematik Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29

Masa untuk anda menjawab soalan-soalan di Seksyen B dan juga jumlah soalan yang perlu anda jawab adalah seperti berikut:

  • Masa Untuk Menjawab Soalan: 45 minit
  • Jumlah Soalan Perlu Dijawab: 40 soalan

Anda wajib menjawab setiap soalan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk menggunakan masa dengan bijak kerana setiap soalan dalam seksyen ini mungkin memakan masa terutama soalan yang melibatkan pengiraan.

CONTOH SOALAN DAYA PENYELESAIAN MASALAH

1.) Gaji Ahmad adalah sebanyak RM6,540.00 sebulan. Jika setiap tahun kadar cukai pendapatan adalah sebanyak 8% setahun, berapakah nilai cukai yang perlu dibayar oleh Ahmad tahun ini.

A. RM50,227.20
B. RM30,124.30
C. RM48,327.20
D. RM67,000.00
Jawapan: A

2.) Harga sebuah barangan elektrik adalah RM16.50. Berapakah harga barangan elektrik tersebut jika termasuk dengan jumlah cukai GST?

A. RM19.50
B. RM17.49
C. RM20.32
D. RM18.00
Jawapan: B

3.) Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4

soalan dpm

Bilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah
A.30
B. 60
C. 80
D. 140
Jawapan: C

4.) Ismail didapati bersalah menyeludup baju jersi berjenama daripada negara seberang. Dia telah ditahan oleh penguasa kastam di sempadan dan telah dikenakan hukuman. Hukuman yang dikenakan kepadanya adalah denda sebanyak 60% daripada harga kesemua jersi tersebut. Jika harga sehelai jersi itu adalah RM12 dan Ahmad telah menyeludup sebanyak 146 helai jersi, berapakah nilai denda yang perlu dibayar olehnya?

A. RM1,051.20
B. RM2,230.00
C. RM1,324.02
D. RM1,432.20
Jawapan: A

5.) Terdapat seramai 1500 orang pekerja dalam sebuah Jabatan kerajaan. Seramai 20 orang pekerja daripada jumlah itu telah dinobatkan sebagai pekerja cemerlang. Berapakah kebarangkalian pekerja yang dinobatkan sebagai pekerja cemerlang itu?
A. 1/75
B. 2/75
C. 3/75
D. 4/75
Jawapan:B

6.) Dalam sukaneka antara Kastam tahun 2018, sebanyak 8 buah pasukan futsal dari jabatan kastam pelbagai cawangan telah menyertai pertandingan futsal yang dianjurkan sempena sukaneka ini. Jika semua perlawanan diadakan secara liga (semua pasukan bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah pertandingan futsal yang berlangsung pada hari tersebut?

A. 21
B. 28
C. 49
D. 56
Jawapan: B

Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

soalan dpm7

7.) Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B
105m2
125m2
230m2
245m2

8.) Apakah bentuk yang berikutnya?

soalan dpm 8

9.) Anda membeli cermin mata baru dengan harga RM560 dan seutas jam tangan berharga RM120. Berapakah yang perlu anda bayar bagi kedua-dua barangan ini jika digabungkan dengan nilai cukai GST?

A. RM761.60
B. RM742.20
C. RM660.30
D. RM662.50

10.)

soalan dpm 1

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang peperiksaan ini dan juga contoh soalan bagi seksyen lain, anda boleh baca artikel-artikel berikut:

Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda yang menduduki peperiksaan ini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda!

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here