Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017/2018 mempunyai sedikit kelainan dari sesi peperiksaan yang lepas berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia.

Berikut merupakan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017/2018.

PERUBAHAN FORMAT PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN PTD SECARA ONLINE

Terdapat perubahan besar dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini. Di mana hanya 2 Seksyen utama diadakan. Tiada lagi Seksyen C Ujian Psikometrik (Ujian Sahsiah dan Personaliti) seperti peperiksaan lepas.

Kepada calon yang memohon anda boleh melakukan semakan yang dikeluarkan oleh pihak Peperiksaan SPA Malaysia.

Berikut antara maklumat penting yang anda perlu ketahui bagi menjawab Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling PTD.

SEKSYEN A: CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Secara umum bahagian ini akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Kunci utama untuk menjawab ialah pengetahuan umum calon kepada isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara.

Untuk pengetahuan anda, topik soalan Pengetahuan AM PTD merupakan seksyen peperiksaan yang meluas. Ini sesuai dengan tugas PTD dalam pentadbiran moden kini. Rujuk juga persoalan mengenai mengapa ingin jadi PTD?

Dalam seksyen ini calon dikehendaki

mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain perkembangan yang berkaitan.

Selain itu peristiwa penting yang berlaku dalam dan luar negara juga boleh menjadi subjek pertanyaan. Selalunya soalan berkaitan peristiwa dunia yang meninggalkan kesan akan di tanya untuk menguji pengetahuan calon.

Tujuan utama seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekeliling pada amnya dan Malaysia khasnya.

Berikut antara contoh soalan Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Berikut merupakan antara contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang di tanya dalam seksyen Pengetahuan AM peperiksaan lepas. Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan.

1) Antara program-program perumahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan adalah

I . Program Bantuan Rumah (Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah)
II . Perumahan Rakyat 1Malaysia
III . Skim Rumah Insan Amanjaya
IV . Rumah Mesra Rakyat

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

2 ) Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali

A) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

3) Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Kecuali

A) pembangunan komuniti setempat.
B) hak dan tuntutan pembeli rumah. (Jabatan Perumahan Negara)
C) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PTD 2014

Manakala berikut merupakan antara set soalan yang di tanya dalam peperiksaan PTD 2014.

This slideshow requires JavaScript.

Nota: Soalan di atas merupakan soalan sebenar yang dikongsikan calon lepas dengan pihak kami.

PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan AM calon, perkembangan yang berlaku dalam negara terutamanya mengenai dasar-dasar kerajaan dan soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Kepada calon yang mempunyai pengetahuan luas dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan. Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar.

Sebagai persedia peperiksaan M41, anda boleh dapatkan Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang kami keluarkan di bawah. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh mendaftar sebagai pembaca laman ini atau terus lakukan pembelian melalui link berikut.

Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016
Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Contoh Soalan Peperiksaan PTD
(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

Nota: Sila langgan dan daftar secara percuma sebagai pembaca untuk mendapat hebahan awal jualan terus ke email anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here