Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Isi Kandungan

MAKLUMAT PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat berdasarkan jadual peperiksaan terkini SPA Malaysia.

Peperiksaan kali ini melibatkan 1 seksyen utama iaitu:

PENGAMBILAN SEPARA PERUBATAN 2019

Sebanyak 1571 kekosongan ditawarkan khas untuk sesi pengambilan Separa Perubatan 2019. Maklumat kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah.

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE SEPARA PERUBATAN

Calon Peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

TEMPAH PANDUAN SEPARA PERUBATAN

Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Latihan Separa Perubatan, tugas-tugas berkaitan Separa Perubatan, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan pastikan anda mendapatkan panduan di atas.

INFO RINGKAS SEPARA PERUBATAN

Gelaran Pegawai Separa Perubatan hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program khusus dan latihan khas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dengan jayanya.

Syarat utama sebelum di lantik ke jawatan Pegawai Separa Perubatan adalah;

a) Lulus Peperiksaan Latihan Separa Perubatan
b) Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
c) Menamatkan latihan dan kursus yang ditetapkan

Berikut merupakan maklumat penting mengenai kerjaya Separa Perubatan.

INFO LENGKAP KERJAYA SEPARA PERUBATAN

Separa Perubatan merupakan jawatan terbuka bagi calon lepasan SPM dan Diploma di Malaysia. Umumnya Pegawai Separa Perubatan akan berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di Malaysia, untuk menjadi seorang Separa Perubatan, calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan memasuki Latihan Separa Perubatan bagi calon lepasan SPM dan Diploma.

LATIHAN SEPARA PERUBATAN TARAF DIPLOMA

Berikut merupakan Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma.

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

SYARAT LANTIKAN SEPARA PERUBATAN TARAF DIPLOMA

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

  • a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • c) memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

SYARAT LANTIKAN SEPARA PERUBATAN TARAF SIJIL

Berikut merupakan Syarat Kelayakan Separa Perubatan bertaraf sijil.

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

TUGAS PEGAWAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Berdasarkan deskripsi tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Seorang Separa Perubatan umumnya mempunyai tanggungjawab yang berkaitan dengan:

Separa Perubatan hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program khusus dan latihan khas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dengan jayanya sebelum dilantik menjawat posisi yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan dan perubatan.

PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Untuk menjawat jawatan ini calon perlulah dahulu menduduki peperiksaan yang akan diadakan oleh pihak SPA Malaysia yang bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, pengetahuan akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan ialah untuk menguji calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan yang telah ditetapkan.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

1. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

3. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

4. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

5. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SEPARA PERUBATAN

1. Saya berminat menjadi Penolong Pengarah Persatuan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
2. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

3. Saya suka membantu menyelesaikan masalah kesihatan kawan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
4. Saya suka menonton perlawanan bola tampar.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

5. Saya suka mendayung sampan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

HALA TUJU SELEPAS LULUS PEPERIKSAAN

Calon yang lulus peperiksaan dan terpilih menghadiri temuduga boleh dikatakan selangkah lagi untuk menjawat jawatan ini.

Namun, halangan temuduga merupakan halangan akhir yang perlu di hadapi oleh calon lulus peperiksaan. Ingat temuduga merupakan proses penilaian akhir menanti anda.

Antara matlamat utama temuduga jawatan kerajaan ialah ingin menyisih calon-calon yang layak dan tidak layak menjawat jawatan ini melalui sesi interview yang akan menguji calon.

Persoalan yang bakal diajukan bakal menguji calon berkomunikasi, lontaran idea, percakapan dan pelbagai lagi aspek penting temuduga.

Pastikan anda mendapatkan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan sebagai persiapan temuduga anda. Ianya panduan lengkap dengan pelbagai Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Panduan Peperiksaan Separa Perubatan merupakan rujukan utama yang dikeluarkan oleh pihak kami untuk membantu calon peperiksaan SPA Separa Perubatan.

Panduan ini merupakan Panduan Utama yang telah membantu calon terdahulu menjawat jawatan PEGAWAI SEPARA PERUBATAN Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel! Ianya merupakan panduan utama yang diperlukan oleh anda.

Panduan ini merupakan rekomendasi utama kami khas untuk membantu calon Peperiksaan Separa Perubatan. Pihak kami cadangkan anda daftar bagi membuat pembelian melalui link di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

TEMPAH PANDUAN SEPARA PERUBATAN

BERMINAT MENDAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN?

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas ini, anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu atau terus ke laman jualan di atas.

Seperti biasa hebahan jualan juga akan dilakukan terus ke email calon-calon yang mendaftar dengan laman Exam PTD.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Jawatan-jawatan Yang di Sandang Pegawai Skim PTD

Tonjolkan Nilai “P” Semasa Menjawab Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Bagaimana dengan persediaan peperiksaan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan anda? Harap semuanya berjalan lancar... Sedikit tip persediaan: luangkan masa untuk...
Contoh Soalan Pengetahuan AM Juruaudit W41

Apa Persediaan Menjawab Seksyen Pengetahuan AM Separa Perubatan?

Bagaimana dengan persediaan anda? Harap semuanya berjalan lancar... Sedikit Tips Persediaan Seksyen Pengetahuan AM: Luangkan sedikit masa anda mencari dan...
Ujian Psikometrik Penolong Kastam WK29

Maklumat Penting Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Yang Calon...

Apa itu Ujian Psikometrik? dan, Apa Jenis Soalannya? Di atas merupakan antara email pertanyaan dari calon terlibat dalam...