
Tahukah anda antara tujuan utama Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 diadakan adalah untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.
Perhatian Calon 2018: Anda boleh dapatkan contoh soalan Psikometrik sebagai rujukan peperiksaan Pegawai Belia Sukan anda. Terus dapatkan di;
[+] Contoh Soalan PsikometrikMatlamat utama peperiksaan ini adalah untuk menguji calon dari pelbagai jurusan. Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Namun tanpa persediaan yang secukupnya, sudah tentu anda akan sedikit sukar untuk lulus peperiksaan tersebut.
Isi Kandungan
- 1 SEPINTAS MENGENAI PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
- 2 CONTOH SOALAN TERKINI PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
- 3 SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
- 4 SOALAN PENGETAHUAN AM MALAYSIA
- 5 CONTOH SOALAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN – PENGETAHUAN AM
- 6 SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
- 7 PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA SUKAN S41
SEPINTAS MENGENAI PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
Peperiksaan ini melibatkan 2 bahagian berasingan. Setiap bahagian adalah penting untuk mengukur prestasi calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik untuk kesemua seksyen penilaian.
Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan.
Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditemu duga.
Oleh itu, pihak kami ingin berkongsi panduan dan contoh soalan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 ini dengan anda. Di bawah juga kami catatkan beberapa contoh soalan peperiksaan SPA sebagai perkongsian dengan anda.
CONTOH SOALAN TERKINI PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
Jika anda masih belum pasti mengenai format peperiksaan ini maka berikut sedikit informasi untuk anda. Ujian ini mengandungi empat seksyen iaitu:
(a) Seksyen A – Pengetahuan Am
(b) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40minit
Bilangan Soalan: 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang akademik.
Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.
SOALAN PENGETAHUAN AM MALAYSIA
Berikut merupakan contoh soalan pengetahuan am mengenai Malaysia bagi peperiksaan bertulis Pegawai Belia dan Sukan S41. Rujuk juga panduan bergambar di bawah:
CONTOH SOALAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN – PENGETAHUAN AM
Berikut antara contoh soalan yang mungkin di tanya:
SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).
Di atas merupakan sebahagian dari contoh soalan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 yang di harap dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan informasi berguna kepada para calon.
PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI BELIA SUKAN S41
Atas permintaan calon Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 sesi ambilan 2017/2018 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam PTD, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Belia dan Sukan S41 tidak lama lagi.
Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam PTD terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.
Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Pegawai Belia Sukan setiap tahun.
Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.
Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.
Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.