Secara ringkasnya, seorang Pegawai Imigresen di Malaysia akan mengawal kemasukan warganegara luar negeri ke Malaysia. Mentadbir urusan pengeluaran dokumen perjalanan (passport dan visa) dan melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar imigresen yang berkaitan.

Namun berdasarkan deskripsi tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Seorang Pegawai Imigresen mempunyai tanggungjawab berikut;

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PEGAWAI IMIGRESEN

Di Malaysia, untuk menjadi seorang Pegawai Imigresen calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  2. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut;
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    • lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Seorang calon yang mempunyai cukup syarat seperti di atas adalah layak untuk memohon kerja sebagai seorang Pegawai Imigresen.

TUGAS SEORANG PEGAWAI IMIGRESEN

Pegawai Imigresen boleh melakukan beberapa atau semua tugas seperti di bawah bergantung kepada undang-undang imigresen yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara. Berikut merupakan bidang tugas seorang Pegawai Imigresen di Malaysia.

  • Memberi maklumat mengenai undang-undang imigresen, dasar dan prosedur
  • Bertanggungjawab untuk memberi maklumat, informasi dan maklumat serta membuat keputusan atas permohonan untuk tinggal atau masuk ke Malaysia.
  • Mengeluarkan permit, visa dan passport
  • Menyiasat pelanggaran undang-undang imigresen
  • Memberi nasihat tentang dasar imigresen dan operasi.

KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

Seorang Pegawai Imigresen yang baik perlulah mempunyai kemahiran dan pegetahuan tetentu yang boleh membantu dalam tugas, antara nilai tambah yang diperlukan oleh seorang Pegawai Imigresen adalah seperti berikut:

  • Pengetahuan dan kefahaman mengenai pelbagai budaya
  • Kemahiran komunikasi,analitikal dan kemahiran penyelidikan serta berpengetahuan undang-undang imigresen, dasar-dasar dan prosedur rasmi.
  • Keupayaan untuk bertutur bahasa lain adalah amat membantu dalam kerjaya ini.

KEADAAN KERJA PEGAWAI IMIGRESEN MALAYSIA

  • Bekerja waktu pejabat biasa, tetapi boleh dikehendaki bekerja lebih masa.
  • Biasanya bekerja di jabatan Imigresen Malaysia yang telah ditetapkan sama ada di pejabat atau lapangan terbang antarabangsa.
  • Mereka juga boleh bekerja di luar negara atau di lapangan terbang di kedutaan, konsulat dan pejabat komisen yang tinggi.
  • Mungkin mendapati keadaan tertekan apabila berhadapan dengan kes-kes yang sukar atau rumit.

Secara umumnya di atas merupakan maklumat dan informasi lengkap yang pihak kami dapat kongsikan mengenai bidang tugas dan kerjaya seorang Pegawai Imigresen di Malaysia.

PEPERIKSAAN MEMASUKI BIDANG KERJAYA IMIGRESEN

Sebelum seseorang calon di panggil untuk di temuduga Pegawai Imigresen, calon tersebut perlulah lulus peperiksaan Pegawai Imigresen yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Selalunya calon yang lulus peperiksaan Pegawai Imigresen akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Pegawai Imigresen nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Pegawai Imigresen dengan baik.

Selain itu, calon peperiksaan Pegawai Imigresen juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Imigresen yang telah disediakan sebagai panduan menjawab soalan nanti. Pihak Team Exam PTD akan memberi maklumat terkini mengenai Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Imigresen nanti. Pastikan anda subscribe sebagai pembaca laman ini untuk maklumat terkini mengenai peperiksaan imigresen.

TEMUDUGA PEGAWAI IMIGRESEN MALAYSIA

Temuduga Pegawai Imigresen Malaysia akan dijalankan secara berperingkat setelah semakan keputusan Peperiksaan dikeluarkan.

Calon yang lulus peperiksaan dan terpilih menghadiri temuduga boleh dikatakan selangkah lagi untuk menjawat jawatan ini. Namun, halangan temuduga merupakan halangan akhir yang perlu dihadapi calon Imigresen.

Antara matlamat utama temuduga Pegawai Imigresein ialah ingin menyisih calon-calon yang layak dan tidak layak menjawat jawatan ini melalui sesi interview yang akan menguji calon.

Persoalan yang bakal diajukan bakal menguji calon berkomunikasi, lontaran idea, percakapan dan pelbagai lagi aspek penting temuduga.

DAPATKAN PANDUAN KHAS TEMUDUGA PEGAWAI IMIGRESEN KP17

Dah download ke Panduan Bijak Temuduga yang baru dilancarkan pihak kami pada minggu ini? Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan oleh Tim InfoKerjaya khas untuk persediaan temuduga calon kerja kerjaan.

Ia rekomendasi utama kami khas untuk membantu calon temuduga kerja kerajaan. Pihak kami cadangkan anda dapatkan lihat dahulu kanduangan utama panduan tersebut dan terus membuat pembelian melalui link di bawah.

APA SEBENARNYA PANDUAN RAHSIA BIJAK TEMUDUGA

Untuk makluman, Panduan ini merupakan himpunan lengkap koleksi rujukan temuduga sektor awam dan swasta yang banyak membantu calon temuduga Kerja Kerajaan sebelum ini.

Berikut antara kandungan utama Panduan Rahsia Bijak Temuduga.

[+] Persediaan Menghadapi Temuduga
[+] Soalan Lazim Killer Temuduga
[+] Checklist Temuduga
[+] Peta Minda Rujukan Pantas
[+] Pengalaman Temuduga Sektor Swasta
[+] Pengalaman Temuduga Sektor Awam

SOLUSI PERMASALAHAN CALON TEMUDUGA PEGAWAI IMIGRESEN

Strategi temuduga ini sesuai untuk semua calon temuduga kerja kerajaan dan didatangkan khas dengan panduan lengkap lulus temuduga kerja kerajaan.

Jika anda salah seorang calon terlibat dengan temuduga Pegawai Imigresen nanti, maka gunakan kesempatan ini untuk mendapatkan Panduan Bijak Temuduga ini.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas temuduga ini, anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu atau terus sahaja akses laman jualan di bawah.

Seperti biasa hebahan jualan akan dilakukan terus ke email calon-calon yang mendaftar sahaja.

Panduan Temuduga PTD 2014
Panduan Temuduga Imigresen 2014

Tempah Panduan Penolong Akauntan Sekarang

atau, Daftar Sebagai Pembaca dan Kami akan Email Tempahan

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here