Info Lengkap Pegawai Penerangan S41 Malaysia

Untuk pengetahuan calon Pegawai Penerangan S41, tidak lama lagi akan berlangsung satu lagi peperiksaan online SPA yang melibatkan calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Penerangan S41 Malaysia.

Sekiranya anda merupakan salah seorang calon yang memohon jawatan Pegawai Penerangan S41 atau Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41 sudah tentu anda sedikit sibuk melakukan persediaan.

Sila rujuk juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan Terkini 2017

Isi Kandungan

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PENERANGAN S41

Sebelum ke artikel utama, pihak kami ingin kongsikan hebahan mengenai Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 yang akan berlangsung nanti. Anda boleh mendapatkan panduan Peperiksaan Khas Pegawai Penerangan yang akan dikeluarkan oleh pihak kami dalam masa terdekat.

Baca juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Panduan tersebut merupakan satu-satunya panduan yang dihasilkan khas untuk membantu calon Pegawai Penerangan S41. Untuk mendapatkan maklumat awal pembelian anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini melalui butang langganan di bawah.

TEMPAH PANDUAN PEGAWAI PENERANGAN

MENGAPA ANDA PERLU DAPATKAN PANDUAN INI?

Panduan tersebut merupakan satu-satunya panduan yang dihasilkan khas untuk membantu calon Pegawai Penerangan S41. Untuk mendapatkan maklumat awal pembelian anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini melalui butang langganan di atas.

Kami nasihatkan anda untuk mendapatkan panduan ini seawal mungkin. Ini kerana jualan akan di buka dalam jangkamasa terhad. Kuota jualan juga adalah terhad untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dalam pengedaran panduan ini.

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan Gred 41 nanti bagi jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, rujukan ini bakal membantu anda.

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

Apa persediaan yang perlu dilakukan? Bagi pihak kami, Exam PTD Malaysia, anda hanya perlulah melakukan persediaan mudah sama ada dari segi mental dan fizikal. Sebaik-baik persediaan, anda sebagai seorang calon perlulah mengetahui serba sedikit tentang kerjaya pilihan anda.

Selain dari itu, persediaan bagi menjawab peperiksaan online Pegawai Penerangan S41 juga perlulah dilakukan. Kami akan kongsikan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan S41 Malaysia dalam artikel berikutnya.

Apa format soalan peperiksaan online Pegawai Penerangan S41 perlulah diberikan perhatian. Selain dari contoh soalan peperiksaan online Pegawai Penerangan S41 dan skema jawapannya perlulah juga diberikan perhatian. Ingat peperiksaan ini adalah untuk menilai kemampuan anda sebelum anda dipanggil untuk temuduga.

Dalam artikel kali ini, pihak kami akan berkongsi serba sedikit informasi dan maklumat berkaitan jawatan Pegawai Penerangan Malaysia. Setidaknya anda boleh mendapat sedikit maklumat mengenai kerjaya ini.

Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Malaysia

KERJAYA PEGAWAI PENERANGAN MALAYSIA – SATU KEPERLUAN 

Dewasa ini, banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk graduan dan juga seluruh penduduk Malaysia. Terdapat pelbagai sektor dan jabatan kerajaan dan swasta menawarkan kerja-kerja kosong untuk dipenuhi dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan jabatan masing-masing.

Seperti juga bidang pekerjaan yang lain, Pegawai Penerangan S41 adalah salah satu contoh peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang tetentu. Untuk pengetahuan anda, Pegawai Penerangan S41 adalah bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Jabatan Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan.

Oleh itu, tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh seorang Pegawai Penerangan S41 adalah tugasan yang berkaitan dengan Jabatan Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN

Pegawai Penerangan dari gred S41 adalah ditawarkan kepada individu yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan. Kelayakan tambahan ialah lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji minimum dan maksimum yang ditawarkan ialah RM1,908.45 dan RM6,797.73 dan ia adalah berdasarkan kelulusan individu itu. Sebagai contoh, gaji permulaan yang ditawarkan untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan adalah RM 1,908.45. Gaji permulaan untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan pula ialah RM2,112.86. Kesemua ijazah ini haruslah diiktiiraf dari oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Baca juga: Syarat Menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Jika memohon pekerjaan ini melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), keutamaan yang diberi adalah kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi. Tangga gaji akan berubah jika terdapat kenaikan pangkat.

Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM225.00 dan syarat-syarat kenaikan pangkat secara lantikan adalah pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan atau lulus Peperiksaan Khas dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Seorang calon yang mempunyai cukup syarat seperti di atas adalah layak untuk memohon jawatan ini.

TUGAS SEORANG PEGAWAI PENERANGAN S41 MALAYSIA

Secara ringkas, individu yang bekerja dalam bidang ini akan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian atau Jabatan berkaitan. Mereka juga bertanggungjawab untuk menguruskan sidang akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat disamping terlibat dalam pengurusan penerbitan, pameran dan laporan tahunan.

Dalam skop Kementerian Kesihatan pula, seorang Pegawai Penerangan akan bertanggungjawab untuk melaksana, merancang, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan juga menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Bagi senarai tugas secara lebih terperinci, individu yang berkhidmat dalam bidang kerjaya ini perlu mengetahui konsep-konsep pelaksanaan rancangan atau kempen jabatan di peringkat negeri dan daerah, merancang dan menyelia kempen Gerak Saraf, teknik-teknik perancangan  dan cara mengumpul data  dan  membuat analisis kedudukan kawasan disamping mengetahui dan mempraktikkan cara-cara mengumpul,merumus, menganalisa Laporan Khas, reaksi dan pendapat umum.

BAGAIMANA MEMOHON JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN

Bagi yang berminat untuk menceburi bidang pekerjaan ini, permohonan boleh di buat di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di pautan http://www.spa.gov.my. Dalam laman ini, terdapat borang permohonan dan juga deskripsi tugas bagi setiap bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Untuk memohon pekerjaan ini, seseorang individu itu perlu mengisi borang permohonan yang terdapat di laman web ini. Kemudian, individu yang telah mengisi borang ini perlu sentiasa melayari laman web ini untuk makluman tarikh dan panggilan untuk menghadiri temuduga.

MAKLUMAT UMUM TEMUDUGA JAWATAN INI

Antara soalan yang ditanya dalam temuduga ini adalah berkaitan dengan kerjaya dan pengetahuan umum calon tentang bidang pekerjaan ini. Calon juga perlu mengetahui sejarah dan latar belakang Jabatan yang menawarkan pekerjaan ini.

Untuk menghadiri temuduga ini, calon wajib membawa bersama dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan dan memakai pakaian yang bersesuaian dan formal seperti baju kurung untuk wanita dan baju kemeja dan seluar slack untuk lelaki. Kasut haruslah bertutup untuk menampakkan kekemasan diri. Jika temuduga ini berjaya, individu tersebut akan mendapat surat tawaran untuk bekerja dalam bidang tersebut.

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PENERANGAN S41

Sebelum seseorang calon di panggil untuk di temuduga Pegawai Penerangan Malaysia, calon tersebut perlulah lulus peperiksaan online Pegawai Penerangan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Selalunya calon yang lulus peperiksaan Pegawai Penerangan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Pegawai Penerangan S41 nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Pegawai Penerangan dengan baik.

Selain itu, calon peperiksaan Pegawai Penerangan juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Penerangan yang telah disediakan sebagai panduan menjawab soalan nanti. Pihak Team Exam PTD akan memberi maklumat terkini mengenai Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 nanti.

Pastikan anda subscribe sebagai pembaca laman ini untuk maklumat terkini mengenai peperiksaan Pegawai Penerangan S41 Malaysia yang pihak kami akan kongsikan dalam artikel berikutnya.

PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41

Pihak kami akan membuat hebahan mengenai jualan panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 nanti. Jualan hanya akan di buka selewatnya pada minggu hadapan. Jadi kami nasihatkan anda melanggan sebagai pembaca laman ini untuk maklumat lanjut mengenai jualan. Kami akan menghantar email mengenai jualan terus kepada anda. Kami juga nasihatkan anda untuk mendapatkan panduan ini seawal mungkin.

Ini kerana jualan akan di buka dalam jangkamasa terhad. Kuota jualan juga adalah terhad untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dalam pengedaran panduan ini. Untuk menjadi yang terawal mendapatkan panduan ini sila langgan sebagai pembaca laman ini. Pihak kami akan menghantar maklumat pembelian terus ke email anda secara percuma.

Klik butang langganan di bawah untuk melanggan.

TEMPAH PANDUAN PEGAWAI PENERANGAN

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan Gred 41 nanti bagi jawatan PEGAWAI PENERANGAN S41, rujukan ini bakal membantu anda.

  1. Untuk makluman semua. Jualan bagi calon mendapatkan panduan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 2014 akan di buka tidak lama lagi, pastikan anda melanggan sebagai pembaca laman ini. Maklumat belian akan di hantar terus ke email anda secara percuma.

    Terima Kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...
Jawatan-jawatan Yang di Sandang Pegawai Skim PTD

Isu-isu Yang di Tanya Dalam Seksyen Pengetahuan AM SPA...

Topik Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online SPA ~ Berikut merupakan isu semasa yang di tanya dalam Seksyen...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Calon Jawatan Kerajaan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Jawatan Kerajaan

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan...