Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD

Pegawai yang berkhidmat dalam kerajaan terutamanya pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mempunyai peranan yang amat signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran melalui perkhidmatan cemerlang yang mereka tawarkan.

Kepesatan dan pembangunan negara yang di sumbang oleh pegawai terbaik yang berkhidmat dalam perkhidmatan PTD adalah sesuatu yang amat di titik beratkan oleh kerajaan. Bukan sahaja sebagai pekerja mahir, lebih dari itu sebagai agen kepesatan dan kemakmuran negara.

Oleh itu, pengambilan pegawai yang akan berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik akan melalui beberapa tahap pernilaian. Namun sebelum mana-mana calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau di temuduga, beberapa syarat perlu di penuhi terlebih dahulu.

Rujuk: Proses Lantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Jika anda benar-benar berminat dengan kerjaya PTD, maka anda perlu ketahui tentang Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD. Persediaan awal sedikit sebanyak akan membantu anda untuk menjawat jawatan ini.

MAKLUMAT JAWATAN: GAJI, SYARAT LANTIKAN DAN TUGAS PTD

Deskripsi Tugas PTD:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Bacaan Lanjut: Terus ke seksyen Tugas PTD

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji: RM2,252.80 (Gaji Minimum)

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perhatian: Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Di atas sedikit sebanyak yang pihak kami dapat kongsikan mengenai Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD. Semoga anda, calon dan bakal calon PTD Malaysia mendapat sedikit maklumat dalam persediaan menjawat kerjaya pilihan anda.

Baca juga maklumat penting peperiksaan online PTD yang akan berlangsung. Antaranya ialah;

  1. Seksyen A: Pengetahuan AM PTD
  2. Seksyen B: Ujian Matematik PTD
  3. Seksyen C: Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk lebih maklumat sila rujuk, contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang kami kongsikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...