Panduan dan Sukatan Peperiksaan Online PTD Gred M41

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan PTD Gred M41 sesi 2017/2018 akan diadakan secara online dengan format dan penilaian berbeza pada kali ini.

Pihak Exam PTD ingin kongsikan beberapa panduan utama menduduki peperiksaan secara online dan sukatan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 dengan calon layak menduduki peperiksaan PTD nanti.

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE
  1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.
  2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
  3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula.
  4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan.
  5. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
  6. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan.
SUKATAN PEPERIKSAAN PTD GRED M41

Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 sesi kali ini hanya akan melibatkan Dua (2) Seksyen utama. Huraian dan perincian setiap Seksyen Peperiksaan PTD adalah seperti di bawah;

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan PTD, hal berkaitan diplomatik, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

Baca dengan lebih lanjut mengenai Seksyen A: Pengetahuan AM PTD.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

(i) KEMAHIRAN LOGIK MATEMATIK

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) KONSEP MATEMATIK DAN AKAUN

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Baca lanjut Seksyen B: Contoh Soalan Matematik PTD.

PANDUAN TERKINI PEPERIKSAAN PTD M41

Untuk huraian lengkap setiap Seksyen pastikan anda mendapatkan Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang kami keluarkan nanti.

Perincian setiap Seksyen akan kami berikan, lengkap dengan contoh-contoh soalan, bagaimana menjawab dan beberapa nota tambahan untuk bantuan persiapan anda.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

(Anda Perlu Melanggan Untuk Mendapatkan Review Copy Percuma)

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Pastikan anda tidak terlepas.