Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah satu jawatan prima dalam Perkhidmatan Awam dan merupakan satu-satunya laluan untuk menjawat jawatan nombor 1 dalam perkhidmatan awam iaitu Ketua Setiausaha Negara.

Boleh dikatakan setiap jabatan negeri, jawatan pengarah dijawat oleh pegawai jurus gred ‘M’ atau khususnya pegawai PTD dan jawatan-jawatan pengurusan di kementerian juga dipegang oleh pegawai gred ‘M’.

Kenapa perlu jawatan PTD di setiap kementerian dan jabatan? Ketika ditanya isu ini, Timbalan Menteri memberikan jawapan mudah dan tepat kepada fungsi dan tugas PTD;

Pelantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bertujuan melicinkan sistem penyampaian di sektor khidmat pengurusan dan pembangunan kementerian

PTD dilatih untuk menjawat jawatan pengurusan dan mereka melalui peringkat perjawatan yang ketat dengan Assessment Center (bukan sekadar pre PAC), DPA dan lain-lain yang tidak dilalui oleh perjawatan lain.

Baca juga: Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik

Boleh dikatakan oleh kerana tapisan yang ketat, mereka yang berjaya menjawat jawatan ini adalah umpama ‘mutiara’ terpilih. Jadi berusahalah sebaik mungkin untuk menjawat jawatan pegawai tadbir diplomatik ini!

Lihat: Jawatan-jawatan Yang Di Sandang Pegawai Skim PTD

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here