Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam WK29

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam pekerjaan di samping memikul tanggungjawab sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia. Pastikan anda baca tentang bidang tugas Penolong Penguasa Kastam WK29 untuk maklumat terkini tanggungjawab dan peranan Penolong Kastam WK29.

Peperiksaan ini juga turut menguji kebolehan serta daya fikir calon dalam mengaplikasi maklumat yang telah diperoleh.

Peperiksaan ini merupakan tahap pertama yang harus ditempuh oleh calon-calon yang memohon untuk menjadi Penolong Penguasa Kastam WK29 sebelum sesi temu duga. Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan ini sahaja yang layak dipanggil untuk temu duga.

Oleh kerana semua calon yang menghadiri peperiksaan ini datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza, maka dengan itu, soalan peperiksaan ini juga meliputi skop yang sangat luas.

Struktur soalan peperiksaan ini pula dipecahkan melalui seksyen. Terdapat tiga seksyen dalam peperiksaan ini. Calon perlu lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga seksyen untuk memastikan diri mereka layak dipanggil untuk temu duga.

Tiga pecahan seksyen dalam peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen A merupakan seksyen yang akan menguji pengetahuan am calon tentang isu-isu semasa sama ada yang berlaku dalam negara ataupun luar negara. Skop bagi soalan-soalan ini sangat luas. Calon perlu membuat persediaan awal dengan membuat bacaan tentang isu-isu semasa untuk lulus dengan cemerlang dalam seksyen ini.

Isi Kandungan

STRUKTUR SOALAN PENGETAHUAN AM PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Berikut merupakan jumlah soalan dan masa yang diperuntukkan untuk anda menjawab soalan-soalan dalam Seksyen A ini.

  • Masa Yang Diberikan: 40 minit
  • Jumlah Soalan Yang Perlu Dijawab: 50 soalan

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PENOLONG PENGUASA KASTAM

1.) Dasar Sosial Negara mempunyai objektif berikut kecuali
A. Menjana sinergi multisektor
B. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
C. Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
D. Memperkukuh dan membangun sistem sokongan dan perkhidmatan sosial.

Jawapan: B

2.) Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN. Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

i. pengurusan menopaus
ii. saringan kanser reproduktif
iii. ujian makmal yang komprehensif
iv. perkhidmatan perancang keluarga.

A. i,ii dan iii
B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

3.) Apakah yang dimaksudkan dengan rekod?

i. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atas peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
ii. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
iii. Pelan, lukisan, gambar, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
iv. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

4.) Antara berikut, manakah pernyataan yang berkaitan dengan Kabinet?

i. Diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara
ii. Menggubal dasar-dasar negara
iii. Setiap menteri dan timbalan menteri perlu hadir mesyuarat Kabinet seminggu sekali
iv. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: C

5.) Apakah nama akademi yang melatih kastam mengenai ilmu dan tugas perkastaman?
A. ForceMY
B. Jabatan Akauntan Negara
C. Unit Latihan Kastam Diraja Malaysia
D. AKMAL
Jawapan: D

6.) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama kecuali
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Jawapan: B

7.) Pernyataan di bawah berkaitan dengan Padi Beras Nasional Malaysia (BERNAS) kecuali
A. Mengawal harga beras di Malaysia
B. Meluluskan lesen penanaman padi
C. Menjual padi secara borong dan runcit
D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

Jawapan: D

8.) Berapakah jumlah berat beras pulut yang dibenarkan dibawa masuk ke negara bagi setiap individu?
A. 3 kg
B. 5kg
C. 4kg
D. 6kg

Jawapan: B

9.) Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah?
A. 1978
B. 1977
C. 1987
D. 1992

Jawapan: B

10.) Berapa harikah seseorang itu layak tinggal di luar negara jika menggunakan passport?
A. 15 hari
B. 20 hari
C. 7 hari
D. 30 hari

Jawapan: D

Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda semua yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti.

Pastikan anda juga baca artikel berkaitan Penguasa Kastam berikut:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29. Contoh-contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 di bawah merupakan perkongsian...

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Matematik Penolong Penguasa Kastam...

Bagi anda yang berminat untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, bolehlah anda membuat permohonan secara...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK29

Tujuan utama Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK29 diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon...