Proses Pengambilan PTD – Apa Yang Perlu Anda Tahu

Kali ini pihak kami ingin berkongsi sedikit tentang proses pengambilan PTD yang mana sebahagian dari kita masih kabur tentang aliran proses pengambilan pegawai yang akan berkhidmat di bawah jawatan ini. Sebagai satu kerjaya pilihan, anda perlu tahu tentang proses pengambilan ini agar memudahkan anda membuat persediaan rapi nanti.

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Jika anda layak dan menepati syarat, maka anda akan di panggil nanti untuk menduduki perperiksaan bertulis exam PTD nanti.

Isi Kandungan

Proses Pengambilan PTD

Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

i) Peperiksaan Online Exam PTD

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut:

Klik pautan di atas untuk maklumat lanjut setiap Seksyen.

ii) PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC).

PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

Proses lantikan ptd official from intan Proses lantikan ptd official from intan

 iii) Temuduga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Proses Pengambilan PTD – Apa Yang Perlu Anda Tahu

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat pihak kami kongsikan mengenai proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik. Kami berharap anda mendapat sedikit maklumat berguna melalui artikel ini.

Baca lanjut:

Jika anda mempunyai pendapat dan informasi terkini yang ingin dikongsikan sila berbuat demikian di ruang komen di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...