PTD Perlu Patuh Ikrar Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik

0
1440
Tugas-tugas Umum Pegawai Tadbir Diplomatik

Semua Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang baharu berkhidmat perlu mematuhi ikrar perkhidmatan dengan penuh integriti dan tidak membiarkan amalan negatif menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, penjawat awam muda perlu bertanggungjawab menjaga maklumat serta memelihara kerahsiaan negara.

“Sebagai PTD muda, mereka perlu melaksanakan tugas berlandaskan elemen integriti dan sikap amanah yang sentiasa tersemat dalam diri bagi menjamin pembangunan yang makmur dan sejahtera kepada negara kita.

“Mengharungi perjalanan gemilang ini, penjawat awam seharusnya merintis jalan se­iring dengan persediaan negara bagi memanfaatkan kesempatan terbuka daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0),” katanya ketika berucap pada majlis Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia dekat Serdang hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman serta barisan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Pada majlis berkenaan seramai 337 graduan menerima DPA manakala tiga daripada mereka dinobat sebagai penerima anugerah khas selepas selesai menjalani pengajian selama 10 bulan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Turut disampaikan pada majlis tersebut ialah Anugerah Felo Intan kepada bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi menghargai jasa beliau dalam pentadbiran serta pe­ngurusan awam negara.

Dalam masa sama, Ali turut mengingatkan penjawat awam terutama yang baharu berkhidmat supaya mengetepikan budaya kerja secara silo atau bekerja dalam komuniti sendiri sebalik­nya perlu bekerjasama antara satu sama lain dalam memenuhi kehendak rakyat dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata, budaya kerjasama tanpa rentas sempadan atau dipanggil Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) turut mampu melahirkan kepimpinan yang mampu menangani cabaran dan isu semasa dengan lebih krea­tif dan inovatif.

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here