Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam pekerjaan di samping memikul tanggungjawab sebagai seorang kastam. Peperiksaan ini juga turut menguji kebolehan serta daya fikir calon dalam mengaplikasi maklumat yang telah diperoleh.

Peperiksaan ini merupakan tahap pertama yang harus ditempuh oleh calon-calon yang memohon untuk menjadi penguasa kastam WK41 sebelum sesi temu duga. Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan ini sahaja yang layak dipanggil untuk temu duga.

Oleh kerana semua calon yang menghadiri peperiksaan ini datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza, maka dengan itu, soalan peperiksaan ini juga meliputi skop yang sangat luas.

Struktur soalan peperiksaan ini pula dipecahkan melalui seksyen. Terdapat tiga seksyen dalam peperiksaan ini. Calon perlu lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga seksyen untuk memastikan diri mereka layak dipanggil untuk temu duga.

Tiga pecahan seksyen dalam peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik ataupun Ujian Sahsiah

Seksyen A merupakan seksyen yang akan mnguji pengetahuan am calon tentang isu-isu semasa sama ada yang berlaku dalam negara ataupun luar negara. Skop bagi soalan-soalan ini sangat luas. Calon perlu membuat persediaan awal dengan membuat bacaan tentang isu-isu semasa untuk lulus dengan cemerlang dalam seksyen ini.

STRUKTUR SOALAN PENGETAHUAN AM KASTAM WK41

Untuk menjadi seorang peguasa kastam yang cemerlang, calon haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mengenai kerjaya sebagai kastam dan semua perkara yang berkaitan dengan jabatan kastam.

Selain itu, calon juga mestilah peka dengan isu-isu semasa di dalam negara dan juga di seluruh dunia. Itulah yang menjadi objektif utama dalam Seksyen A ini. Di dalam artikel ini, anda akan mendapat penduan tentang Contoh Soalan Pengetahuan Am Kastam WK41.

Calon perlu mengetahui isu-isu semasa dan memiliki pengetahuan dalam bidang-bidang berikut:

  • Segala urusan berkaitan perkastaman.
  • Perdagangan antarabangsa
  • Pengurusan ekonomi
  • Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Undang-undang negara
  • Sukan
  • Sains dan sosial
  • Semua perkembangan semasa yang lain.

Jumlah bilangan soalan yang perlu dijawab oleh calon dan masa yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

  • Bilangan soalan: 50
  • Masa yang diperuntukan: 40 Minit

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM KASTAM WK41

1. Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh terbahagi kepada

I. Ibu Pejabat
II. Negeri
III. Stesen
IV. Daerah

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: B

2. GST merupakan sebuah bentuk cukai baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu usaha bagi menjana ekonomi negara. Berikan takrifan GST.

A. Cukai Perdagangan dan Perniagaan
B. Cukai Perniagaan dan Pengangkutan
C. Cukai Barangan dan Perkhidmatan
D. Cukai Barangan Runcit

Jawapan: C

Jawab soalan nombor 3 berpandukan kepada penyataan di bawah.

Merancang pelaksanaan dasar dan program anti dadah mengikut Strategi Dadah Negara dalam bidang penguasaan, penguatkuasaan dan risikan dadah Jabatan.”

3. Penyataan di atas merujuk kepada salah satu daripada tugasan utama Bahagian Penguatkuasaan Kastam iaitu

A. Siasatan
B. Pendakwaan
C. Narkotik
D. Risikan

Jawapan: C

4. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak?

A. 24 jam
B. 3 hari
C. 7 hari
D. 2 minggu

Jawapan: D

5. Berdasarkan Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pematuhan, tempoh untuk mengembalikan dokumen yang telah selesai diaudit ialah selama

A. 24 jam
B. 3 hari
C. 7 hari
D. 2 minggu

Jawapan: D

6. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

A. Jabatan Perdana Menteri
B. Kementerian Kewangan
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Perbendaharaan Negara

Jawapan: B

7. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya diperaku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

A. KDRMForce
B. AKMAL
C. BAKISKA
D. ForceMY

Jawapan: B

8. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

A. Multees
B. PenguasaPDNKK
C. Aimdash Team
D. Strike Team

Jawapan: D

9. Antara pulau berikut, manakah pulau yang telah diwartakan oleh kerajaan sebagai Pulau Bebas Cukai?

i. Pulau Perhentian
ii. Pulau Langkawi
iii. Pulau Tioman
iv. Labuan

A. i dan iii
B. ii dan iv
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv

Jawapan: D

10. Antara berikut, manakah bukan tugas seorang penguasa kastam?

A. Mengawal pintu sempadan negara.
B. Mengutip cukai untuk kerajaan
C. Mengaudit syarikat-syarikat berlesen
D. Mengira keuntungan Kementerian Kewangan

Jawapan: D

TIPS MENJAWAB SOALAN PENGETAHUAN AM

Soalan-soalan dalam Seksyen A menguji pengetahuan calon dalam banyak perkara dan isu termasuklah isu semasa, isu dalam negara dan sebagainya. Calon dinasihatkan agar peka dengan isu semasa dan perlu melebihkan bacaan untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.

Soalan di atas merupakan 10 daripada 50 soalan Seksyen A yang perlu dijawab oleh calon yang menduduki peperiksaan ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang seksyen-seksyen lain dan maklumat-maklumat lain berkaitan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 anda boleh membaca artikel berikut:

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Atas permintaan calon Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sesi ambilan 2018/2019 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam PTD, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 tidak lama lagi. Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam PTD terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Penguasa Kastam setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Penguasa Kastam.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut sebagai rujukan peperiksaan anda.

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here