Tahukah anda Soalan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan itu sendiri. Untuk layak di panggil menghadiri temuduga Separa Perubatan, calon perlulah lulus dengan cemerlang Peperiksaan Online Separa Perubatan yang diadakan sebelumnya.

Sebagai seorang calon yang terlibat dengan peperiksaan ini anda perlulah membuat persediaan sebaik mungkin. Persediaan fizikal dan mental yang sebaiknya diperlukan.

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ini diadakan oleh pihak SPA Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan. Oleh itu, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan.

Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Berikut sedikit perkongsian dari kami mengenai Contoh Soalan Pengetahuan AM Separa Perubatan bagi membiasakan anda dengan format peperiksaan Separa Perubatan kali ini.

Format peperiksaan lengkap akan kami kongsikan di dalam panduan Peperiksaan Separa Perubatan di bawah. Jangan terlepas mendapatkannya.

KOMPONEN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Separa Perubatan membuat persiapan awal.

Peperiksaan kali ini melibatkan 2 seksyen utama iaitu:

Kedua-dua seksyen perlu di jawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA. Anda yang terlibat dengan peperiksaan Separa Perubatan wajib lulus kedua-dua seksyen dan boleh hadir ke tapisan temuduga.

FORMAT PEPERIKSAAN: SEKSYEN PENGETAHUAN AM SEPARA PERUBATAN

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Separa Perubatan untuk rujukan anda.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Pengetahuan AM SPA

BAGAIMANA MENJAWAB SEKSYEN PENGETAHUAN AM SEPARA PERUBATAN

Bidang Separa Perubatan diuruskan oleh KKM. Oleh itu anda harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM.

Selain itu anda harus tahu beberapa perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

Istilah-istilah perubatan yang asas juga harus diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan. Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah :

1. Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
2. Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
3. Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
4. Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
5. Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
6. Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
7. Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
8. Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
9. Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
10. Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
11. Gastroenterologi – Saluran pencernaan
12. Dermatologi – Penyakit kulit
13. Kardiologi – Jantung

Institusi-institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am melibatkan penyakit berjangkit contohnya demam denggi, taun, malaria, mulut dan kuku dan lain-lain.

Bidang ini menumpukan kepada langkah pencegahan dan rawatan kepada sesuatu penyakit yang melibatkan orang ramai.

Senarai institusi-institusi kesihatan di Malaysia

1. Institut Kesihatan Umum (IKU)
2. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
4. Kumpulan Perubatan Johor

PANDUAN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik. Contoh Soalan Separa Perubatan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Separa Perubatan dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan online Separa Perubatan dari masa ke semasa.

Buatlah persediaan dari sekarang dengan mendapatkan nota Separa Perubatan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan
Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan
Tempah Panduan Peperiksaan Separa Perubatan
Tempah Panduan Peperiksaan Separa Perubatan
Kredit Gambar: ShutterStock
RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here