Kerjaya Separa Perubatan merupakan antara kerjaya pilihan dan mendapat tumpuan dari para pencari kerja terutamanya bagi calon lepasan SPM dan Diploma (Setaraf).

Peluang calon berminat membina kerjaya sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikuti program Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil atau diploma amat terbuka luas dengan di Malaysia.

Saban tahun ribuan peluang kerja dalam bidang Separa Perubatan telah ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesemua jawatan Separa Perubatan memerlukan pengisian segera. Seperti kebiasaan kesemua urusan pengisian kekosongan jawatan Separa Perubatan Malaysia akan dilakukan oleh pihak SPA Malaysia bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahun 2014 sahaja, 42,876 calon menduduki peperiksaan Separa Perubatan dengan jayanya termasuk 30 calon yang berada di 16 negara, antaranya Singapura, United Kingdom, Ireland dan Australia. Calon yang lulus peperiksaan akan di ambil secara berperingkat-peringkat bagi menampung kekurangan jawatan tersebut.

Rujuk dan Download 40 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan.

Berdasarkan dari statistik tersebut, jumlah Separa Perubatan akan di tambah dari masa ke semasa yang akan membuka peluang kerja kepada calon yang layak selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekiranya anda berkelayakan dan memenuhi syarat memohon bagi jawatan Separa Perubatan, pihak kami syorkan anda membuat permohonan di laman SPA dengan kadar segera.

Manakala calon yang di panggil menghadiri temuduga, tahniah pihak kami ucapkan. Sekarang anda hanya selangkah untuk menjawat jawatan tersebut.

FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon melepasi proses temuduga Separa Perubatan. Antara yang paling utama ialah tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan dan bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga.

Faktor di atas telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kegagalan calon. Ini termasuk kegagalan calon “mengambil hati” penemuduga, penampilan selekeh dan pelbagai lagi faktor yang menyumbang.

Selain itu, faktor kegagalan mempersembahkan resume Separa Perubatan yang “memikat” kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon menjawat jawatan ini.

Dalam penulisan kali ini, Portal Exam PTD ingin berkongsi dengan anda Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak kami. Ianya merupakan panduan utama yang calon Separa Perubatan gunakan untuk mendapat idea dan gambaran jelas jenis soalan yang mungkin di tanya dalam sesi temuduga nanti.

Jangan terlepas, dapatkan contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang telah dipakejkan di bawah.

PANDUAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA/SIJIL

Untuk makluman anda, Panduan Temuduga Kerjaya Separa Perubatan ini merupakan sebahagian dari komponen rujukan pantas khas yang telah dipakejkan untuk membantu calon lulus cemerlang temuduga Separa Perubatan. Terdapat beberapa modul utama dalam panduan tersebut untuk membantu calon.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
PANDUAN KHAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN MALAYSIA

Ambil langkah pertama anda untuk berada selangkah dari calon-calon lain dengan mendapatkan panduan Khas temuduga Separa Perubatan ini.

APA ITU PAKEJ PANDUAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Panduan Temuduga Separa Perubatan ini merupakan panduan khas yang dihasilkan oleh kami untuk membantu calon Separa Perubatan lulus temuduga dan menjawat jawatan tersebut.

Panduan ini merupakan Rahsia Sebenar Bagaimana Anda atau Sesiapa Sahaja Boleh Mula Bekerja Sebagai PEGAWAI SEPARA PERUBATAN Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel! Ianya merupakan panduan utama yang diperlukan oleh anda.

Ya, tiada panduan lain yang dikeluarkan khas untuk membantu calon Separa Perubatan di pasaran.

KANDUNGAN PANDUAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN

  • Pakej rujukan ini adalah khas untuk calon temuduga Separa Perubatan sahaja.
  • ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dimuatkan 122 soalan tentang Separa Perubatan mengikut kategori soalan umum dan soalan khusus 10 latihan dalam separa perubatan. Ini penting untuk anda ambil tahu!
  • ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ disediakan 10 soalan untuk anda lakukan simulasi temuduga sebelum anda hadir ke temuduga sebenar nanti. Ebook ini menerangkan tujuan soalan ditanya dan tip untuk anda menjawab.

Rujuk laman di bawah untuk maklumat lanjut Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan ini.

PANDUAN KHAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN MALAYSIA

JADI APA ITU KERJAYA SEPARA PERUBATAN?

Gelaran Pegawai Separa Perubatan hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program khusus dan latihan khas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dengan jayanya. Selain itu, calon perlulah lulus temuduga Separa Perubatan terlebih dahulu.

Dengan lebih tepat Latihan Separa Perubatan ialah;

Latihan Separa Perubatan merupakan di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan ianya perlu melepasi peperiksaan ataupun temuduga bagi tujuan itu.

Untuk memohon jawatan ini dan menceburkan diri dalam kerjaya Separa Perubatan Malaysia, anda sebagai seorang calon perlu mengambil tahu beberapa perkara penting tentang kerjaya Separa Perubatan itu sendiri.

Selaras dengan hasrat Kementerian untuk membangunkan modal insan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan, anda perlu mempunyai sedikit kefahaman tentang kerjaya Separa Perubatan, sekiranya itu merupakan kerjaya pilihan anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kerjaya Separa Perubatan Malaysia, pihak kami syorkan anda mendapatkan Pakej Temuduga Kerjaya Latihan Separa Perubatan yang membincangkan dengan lebih teliti mengenai kerjaya tersebut.

LATIHAN SEPARA PERUBATAN DI MALAYSIA (DIPLOMA)

Untuk memohon, calon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

LATIHAN BERTARAF DIPLOMA

Berikut merupakan Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma.

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN DI MALAYSIA (SIJIL)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

LATIHAN BERTARAF SIJIL

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

SEJARAH KERJAYA SEPARA PERUBATAN MALAYSIA

Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua.

Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951. Ianya telah bermula sejak tahun 1800 dan berkembang semenjak itu.

Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung Malaysia untuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta secara rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga pengajar.

Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan latihan asas Pembantu Perubatan dengan kehadiran 50 peserta. Walau bagaimanapun sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih Pembantu Hospital Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej ini sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma. [Sumber]

CIRI-CIRI DIPERLUKAN DALAM KERJAYA SEPARA PERUBATAN

Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya Separa Perubatan ialah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif.

Selain dari itu, calon Separa Perubatan juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa;
  2. Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang;
  3. Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu; dan
  4. Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.

Kepada yang ingin menceburi bidang Separa Perubatan, berikut merupakan deskripsi secara ringkas tentang perkara yang berkaitan dengan kerjaya Separa Perubatan ini. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Pakej Panduan Lengkap Kerjaya Separa Perubatan.

PELUANG KERJAYA SEPARA PERUBATAN DI MALAYSIA

Peluang calon berminat membina kerjaya sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikuti program Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil atau diploma amat terbuka luas dengan di Malaysia.

Saban tahun ribuan kekosongan jawatan dalam bidang ini ditawarkan dan memerlukan pengisian segera. Kerjaya Separa Perubatan juga kini di lihat sebagai kerjaya pilihan calon lepasan SPM setaraf.

Antara bidang latihan yang memerlukan pengisian segera ialah:

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Sepanjang tempoh latihan pelatih akan menerima elaun bulanan & bakal berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila tamat latihan.

DAPATKAN PANDUAN SEPARA PERUBATAN DI SINI

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Anda boleh dapatkan panduan Separa Perubatan dan melakukan persediaan awal dengan rujukan di bawah, anda boleh dapatkan sekarang:

TEMPAH PANDUAN KHAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Sekiranya kerjaya Separa Perubatan SPA merupakan kerjaya pilihan anda maka anda perlu mendapatkan panduan ini sebagai rujukan kerjaya anda. Segala kandungan ebook pelbagai modul dihasilkan untuk membantu anda menjawat jawatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here