Tips Menjawab Seksyen B Matematik Peperiksaan SPA / Soalan Matematik SPA

Kita jadikan artikel kali ini seringkas mungkin, terus kepada teras bagaimana dan apa nak studi Seksyen B Matematik.

Untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, seksyen Matematik dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza bagi setiap jawatan. Ada yang berada di ‘Bahagian 2: Seksyen B’, ‘Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah’, ‘Seksyen A: Matematik’ dan lain-lain.

Baca juga: Soalan Pengetahuan AM PTD

Tapi apa yang pasti ianya berkaitan dengan subjek Matematik dan mengandungi 2 bahagian iaitu:

  • Bahagian core’ Matematik
  • Bahagian ‘aplikasi’ Matematik

Dan untuk pengetahuan calon kedua-dua bahagian itu kami masukkan dalam panduan ini dengan rangkuman 2 bahagian iaitu:

  1. Bahagian Matematik (Core Matematik)
  2. Bahagian Analatikal (Aplikasi Matematik)

Setiap bahagian ini kami sertakan soalan-soalan dan jawapan untuk anda buat latihan pantas dan asah pengetahuan Matematik yang sedia ada. Kami yakin, Matematik bukanlah menjadi masalah besar ketika zaman SPM semua calon, apa yang perlu ialah keluarkan balik ingatan tersebut untuk terus berjaya!

Isi Kandungan

STRATEGI MENJAWAB SEKSYEN B MATEMATIK SPA

Terus sahaja kepada apa strategi persediaan yang LICIK dan RINGKAS untuk seksyen berkaitan Matematik ini.

Apa yang menjadi masalah besar calon gagal dalam bahagian ini ialah;

  1. Tak tahu bentuk soalan
  2. Tak cukup masa, berakhir dengan tekaan (hentam)
  3. Tak sempat buat persediaan

2 sebab paling atas kita tinggalkan, itu masalah calon sendiri, tapi masalah “TAK SEMPAT BUAT PERSEDIAAN” sebenarnya boleh ditangani sekiranya anda berusaha kearah itu.

Sebenarnya dalam isu ‘tak sempat’ tersebut disebabkan oleh senarai edaran format yang dilakukan oleh pihak SPA. Jika anda perasan format untuk soalan Matematik yang dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya untuk peperiksaan bertulis adalah;

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Apa yang difahami oleh calon ialah, ianya adalah MUDAH kerana hanya format SPM. Tapi apabila diteliti, format SPM mengandungi 21 bab! Berapa lama masa yang anda perlu untuk ulangkaji dan buat latihan semua bab tersebut? Dan dalam setiap bab ada sekurang-kurangnya 5 pecahan sub-bab menjadikannya 105++ untuk calon ulangkaji.

Sememangnya tak cukup masa!.

APA STRATEGI LICIK JAWAB SEKSYEN MATEMATIK SPA?

Ianya adalah hasil daripada pemerhatian kami bermula dari tahun 2008 lagi berkenaan Seksyen Matematik. Kami dapat rumuskan seperti berikut:

  1. Soalan boleh dijawab tanpa kalkulator
  2. Soalan tak melebihi silibus SPM
  3. Soalan harus dihabiskan dalam masa yang singkat

Berdasarkan 3 faktor tersebut ini strateginya;

  • soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar
  • soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Ingat apa yang kami beritahu anda di atas bahagian yang “konfem tak keluar”.

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

  • Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
  • Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang
  • Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan

CONTOH SOALAN SEBENAR SOALAN MATEMATIK SPA

Berikut merupakan contoh soalan sebenar Seksyen Matematik SPA yang dikongsikan calon peperiksaan lepas dengan pihak kami.

This slideshow requires JavaScript.

DAPATKAN CONTOH SOALAN MATEMATIK SPA

Anda boleh dapatkan contoh soalan Matematik PTD lepas dengan daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan hantar contoh soalan Matematik PTD lepas terus ke email anda nanti. Selain dari rujukan yang bakal pihak kami keluarkan. Anda boleh terus daftar melalui pautan di bawah.

Panduan Peperiksaan PTD 2017 2018

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...