Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 2015

Tahukah anda yang peperiksaan Penolong Akauntan W29 yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk “menguji” calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan Penolong Akauntan yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Antara persediaan awal yang calon boleh lakukan ialah:

  • Menyesuaikan diri dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W29
  • Bersedia dengan topik peperiksaan yang mungkin diajukan dalam peperiksaan.
  • Ketahui bagaimana hendak menjawab dan melengkapkan diri dengan skema jawapan.
  • Ketahui tugas anda sebagai seorang “Penolong Akauntan W29”.

Secara asasnya itu antara persediaan yang calon boleh lakukan. Lebih dari itu, calon peperiksaan juga boleh mendapatkan rujukan dan panduan peperiksaan Penolong Akauntan W29 di bawah yang terbukti telah berjaya membantu calon terdahulu.

Isi Kandungan

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN W29

Untuk mendapat lebih kefahaman dan membiasakan diri dengan peperiksaan tersebut, calon boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W29 yang dihasilkan khas untuk membantu calon peperiksaan Penolong Akauntan lulus cemerlang.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Akauntan setiap tahun.

Kepada calon yang sedang mencari contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W29 sebagai rujukan peperiksaan.

Anda boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W29 dengan daftar ke sistem mailing list Akauntan di bawah terlebih dahulu.

Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

RUJUKAN AKAUNTAN

Kepada pembaca dan calon yang telah mendaftar sebelum ini, pihak Exam PTD akan menghantar link pembelian panduan tersebut terus ke email anda.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W29

Secara umumnya berikut merupakan format Peperiksaan Online Penolong Akauntan W29 yang perlu anda ketahui sebagai seorang calon.

  1. Bahagian A (Pengetahuan AM Penolong Akauntan W29)
  2. Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah MatematikPenolong Akauntan W29)

Peperiksaan ini mempunyai 2 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan W29 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM PENOLONG AKAUNTAN W29

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Tips menjawab Seksyen Pengetahuan AM – Fahami tujuan mengapa Seksyen Pengetahuan AM ini diadakan.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Penolong Akauntan Gred W29 yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM AKAUNTAN

Soalan pengetahuan AM Akauntan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Berikut merupakan antara contoh soalan pengetahuan AM Akauntan W29 sebagai rujukan calon W29. Untuk lebih maklumat mengenai soalan pengetahuan AM Akauntan, anda boleh dapatkan panduan yang akan kami edarkan nanti.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

1) Barangan berikut tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST)

i) Beras
ii) Ayam Segar
iii) Gula Perang
iv) Bawang Besar

A) I dan ii
B) Iii dan iv
C) I, ii dan iv
D) Ii, iii dan iv

2) Jika kaedah garis lurus digunakan untuk susut nilai asset tetap bagi tempoh berterusan untuk jangka panjang, ianya merujuk kepada konsep

A) Materialiti
B) Ketekalan
C) Pemadanan
D) Catatan Bergu

3) Siapakah yang melantik Pendaftar Wang yang tak dituntut dibawah Akta Wang Tak Dituntut 1965

A) Akauntan Negara
B) Menteri Kewangan
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Ketia Setiausaha Perbandaraan

4) Goods & Service Tax (GST) adalah cukai barangan dan perkhidmatan yang diperkenalkan pada 1 April 2015 bagi menggantikan Sales & Service Tax. Nilai ambang (threshold) perolehan tahunan bagi perniagaan yang perlu mendaftar dibawah GST adalah?

A) RM100,000
B) RM300,000
C) RM500,000
D) RM700,000

5) Apakah nama system yang dicipta oleh Luca Pacioli untuk menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik?

A) Simpan Kira
B) Perakaunan Kos
C) Sistem Catatn Bergu
D) Sistem Perakaunan Entiti Berasingan

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yangdikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
.
SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
.
SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data
.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan Konsep Matematik
.

Contoh Soalan Konsep Matematik

DAPATKAN PAKEJ RUJUKAN PENOLONG AKAUNTAN W29

Dalam panduan ini terkandung pelbagai informasi berguna tentang peperiksaan yang akan berlangsung nanti.

Lebih dari itu anda boleh membiasakan diri dengan contoh soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W29 melalui nota yang telah disediakan. Selain itu, skema jawapan bagi soalan peperiksaan Penolong Akauntan W29 juga telah disediakan untuk anda.

Mahirkan diri anda dengan topik, soalan dan jawapan yang telah disediakan. Buat persediaan rapi untuk menjawab soalan nanti. Anda boleh mendapatkan pakej rujukan dan contoh soalan Peperiksaan Penolong Akauntan melalui link tempahan atau langganan di bawah.

Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

RUJUKAN AKAUNTAN

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018
Previous articlePermohonan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014 di Buka
Next articleContoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 Lengkap Terkini

1 COMMENT

  1. Hi saya berminat untuk tempah rujukan peperiksaan penolong akauntan gred w27.. tolong reply secepat yg mungkin. Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here