Kerjaya Jururawat U29 – Panduan dan Maklumat Lengkap Jururawat

Perhatian Calon Latihan Separa Perubatan. Dapatkan Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan di sini.

Kerjaya Jururawat merupakan antara kerjaya pilihan dan mendapat tumpuan dari para pencari kerja. Sama ada dari peringkat SPM, Diploma atau Ijazah. Ianya merupakan salah satu kerjaya mulia yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Tahun 2014 sahaja ribuan peluang kerja dalam bidang kejururawatan telah ditawarkan oleh pihak SPA Malaysia, kesemua jawatan tersebut memerlukan pengisian segera. Saban tahun, pihak SPA akan melaksanakan urusan pengisian kekosongan untuk jawatan ini bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Peluang untuk memohon sentiasa terbuka kepada yang layak.

Oleh itu, sekiranya anda berkelayakan dan memenuhi syarat memohon, pihak kami syorkan anda membuat permohonan di laman SPA dengan kadar segera.

Kepada calon yang di panggil menghadiri temuduga, tahniah pihak kami ucapkan. Sekarang anda hanya selangkah untuk menjawat jawatan tersebut.

Isi Kandungan

FAKTOR CALON GAGAL MELEPASI TEMUDUGA JURURAWAT

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon melepasi proses temuduga Jururawat. Antara yang paling utama ialah tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan dan bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga.

Faktor di atas telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kegagalan calon. Ini termasuk kegagalan calon “mengambil hati” penemuduga, penampilan selekeh dan pelbagai lagi faktor yang menyumbang.

Dalam penulisan kali ini, pihak Laman Exam PTD ingin berkongsi dengan anda Panduan Khas Temuduga Jururawat Malaysia. Ianya merupakan panduan utama yang calon Jururawat gunakan untuk mendapat idea dan gambaran jelas jenis soalan yang mungkin di tanya dalam sesi temuduga nanti.

PANDUAN KHAS TEMUDUGA JURURAWAT MALAYSIA

Untuk makluman ia sebahagian dari Nota Khas dan Panduan Kerjaya Jururawat yang terkandung di dalam ebook Panduan Kerjaya Jururawat Malaysia. Terdapat 6 modul utama dalam panduan tersebut untuk membantu calon.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah.

Panduan Khas Temuduga Jururawat Malaysia
Panduan Temuduga Jururawat Malaysia

BELI PANDUAN KHAS TEMUDUGA JURURAWAT MALAYSIA

Ambil langkah pertama anda untuk berada selangkah dari calon-calon lain dengan mendapatkan panduan Khas temuduga Jurarawat ini.

APA ITU PAKEJ PANDUAN KERJAYA JURURAWAT

Rahsia Sebenar Bagaimana Anda atau Sesiapa Sahaja Boleh Mula Bekerja Sebagai JURURAWAT Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel! Jururawat Kerajaan atau pun Swasta, ini merupakan panduan yang diperlukan oleh anda.

“Rahsia ini adalah panduan sebenar yang ditulis oleh seorang penjawat awam dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri! 100% dijamin, inilah panduan kerjaya Jururawat yang terbaik di Malaysia!”

APA YANG TERKANDUNG DALAM PAKEJ INI

Panduan ini didatangkan di dalam 6 modul lengkap sebagai rujukan utama calon kerjaya Jururawat Malaysia. Antara Modul utama ialah:

MODUL #1 – PANDUAN ASAS KERJAYA JURURAWAT

Modul yang akan menerangkan secara asas kepada kerjaya Jururawat.

MODUL #2 – PERMOHONAN BAGI LEPASAN SPM

Sudah Tentu Ramai Lepasan SPM Yang Bertanya Bagaimana Ingin Membuat Permohonan Jururawat. Jadi Dalam Modul Ini, Anda Akan Diterangkan Mengenainya Secara Terperinci.

MODUL #3 – PERMOHONAN BAGI LEPASAN DIPLOMA

Anda Lepasan DIPLOMA? Tak Tahu Cara Nak Buat Permohonan Untuk Kerjaya Jururawat? Modul Ini Akan Menyampaikan Maklumat EKSKLUSIF Untuk Anda.

MODUL #4 – PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA

Dalam Modul Ke-4 Ini, Anda Akan Didedahkan Dengan Rahsia Bagaimana Untuk Menghadiri Temuduga Supaya Anda Lebih Yakin dan Bersedia!

MODUL #5 – PANDUAN PENULISAN RESUME

Anda Tak Tahu Menulis RESUME? Tak Tahu Apa Itu RESUME? Jangan Risau, Maklumat RESUME Dalam Modul Ke-5 Sangat Lengkap Untuk Anda!

MODUL #6 – SOALAN LAZIM TEMUDUGA JURURAWAT

Modul ini membongkar himpunan soalan-soalan temuduga Jururawat yang selalu diajukan oleh para penemuduga.

DAPATKAN PANDUAN KERJAYA JURURAWAT U29 DI SINI

Sila dapatkan panduan khas Jururawat melalui link di bawah.

BELI PANDUAN KHAS TEMUDUGA JURURAWAT MALAYSIA

JADI APA ITU KERJAYA JURURAWAT?

Gelaran jururawat hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program kursus pengajian latihan khas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dengan jayanya.

Untuk memohon jawatan ini dan menceburkan diri dalam kerjaya Kejururawatan, anda sebagai seorang calon perlu mengambil tahu beberapa perkara penting tentang kerjaya Jururawat itu sendiri.

Selaras dengan hasrat Kementerian untuk membangunkan modal insan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan, anda perlu mempunyai sedikit kefahaman tentang kerjaya Jururawat, sekiranya itu merupakan kerjaya pilihan anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kerjaya Jururawat Malaysia, pihak kami syorkan anda mendapatkan Pakej Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat yang membincangkan dengan lebih teliti mengenai kerjaya tersebut.

SEJARAH KERJAYA JURURAWAT MALAYSIA

Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua.

Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951. Ianya telah bermula sejak tahun 1800 dan berkembang semenjak itu.

PERANAN JURURAWAT

Peranan jururawat secara umumnya merangkumi aktiviti penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiar.

Bagi aktiviti penjagaan kesihatan primer, meliputi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, pencegahan dan pengawalan penyakit, jagaan perawatan dan rehabilitasi.

Manakala bagi penjagaan kesihatan sekunder dan tertiar pula ia melibatkan aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan di hospital-hospital.

Selaras dengan tugas jagaan perawatan secara holistik tersebut, jururawat perlu memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa, mendokumenkan rekod kemajuan perawatan serta membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan keadaan luar biasa kepada pihak yang bertanggung jawab.

Panduan Kerjaya Kerjaya Jururawat U29 Malaysia

CIRI-CIRI YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI JURURAWAT

Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya kejururawatan ialah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif.

Selain dari itu, anggota kejururawatan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa;
  2. Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang;
  3. Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu; dan
  4. Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.

Kepada yang ingin menceburi bidang Jururawat, berikut merupakan deskripsi secara ringkas tentang perkara yang berkaitan dengan kerjaya Jururawat ini. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Pakej Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat.

PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

SYARAT LANTIKAN

(a) Lantikan Ke Gred U29

i. Memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

ii. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

iii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(b) Lantikan Ke Gred U41

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

ii. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA PERMOHONAN

Calon yang mempunyai kelulusan seperti di para 2.1 (a) dan (b) adalah layak untuk memohon jawatan Jururawat dengan mengisi Borang SPA 8 melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat http://www.spa.gov.my.

i. Permohonan Berkhidmat Di Agensi Kerajaan

Bagi pelatih kejururawatan atau Jururawat di agensi swasta dan badan berkanun yang berhasrat untuk berkhidmat dalam agensi kerajaan perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang permohonan SPA 8 yang boleh didapati dari laman web SPA (http://www.spa.gov.my.)

Bagi permohonan yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga yang dilaksanakan oleh SPA dimana keputusan akan dapat diketahui dalam masa satu bulan selepas temuduga melalui laman web SPA. Lanjutan daripada itu, surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan surat penempatan akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii. Pelantikan Kontrak Bagi Juruawat Yang Telah Bersara

Pesara Jururawat boleh dilantik semula secara kontrak sebagai Jururawat di KKM tertakluk kepada keperluan kementerian dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar.

Perlantikan kontrak selepas bersara dalam agensi kerajaan adalah menggunapakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008
(Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak).

Calon yang diambil berkhidmat secara kontrak dalam agensi kerajaan adalah tertakluk kepada syarat berikut:

a. Memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan calon berdaftar dengan badan profesional, urusan pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum calon dilantik secara kontrak;

b. Sebarang kelonggaran daripada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Permohonan kelonggaran skim perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam.

PELUANG KERJAYA JURURAWAT DI MALAYSIA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Jururawat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan untuk pembangunan kerjaya mereka. Latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

i. Kursus Pos Basik/Pengkhususan

  1. Anaesthesia
  2. Kebidanan
  3. Kecemasan
  4. Kejururawatan Kes Awam
  5. Perawatan Gerontologi
  6. Perawatan Koronari
  7. Perawatan Neonat
  8. Perawatan Oftalmik
  9. Perawatan Onkologi
  10. Perawatan Ortopedik
  11. Perawatan Pediatrik
  12. Perawatan Perioperatif
  13. Perawatan Psikiatri
  14. Perawatan Rapi
  15. Perawatan Neurosains
  16. Pengurusan Diabetes
  17. Perubatan Sukan
  18. Perawatan Otorinolaringologi
  19. Forensik
  20. Perawatan Perianestesia
  21. Kawalan Infeksi
  22. Perawatan Rehabilitasi
  23. Penjagaan Kesihatan Primer
  24. Gastrointestinal Endoscopy

ii. Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana

Jururawat yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah layak mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji.

Kemudahan ini diberikan sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Kaedah pengajian boleh dilakukan sama ada secara separuh masa, pengajian jarak jauh atau separuh masa.

DAPATKAN PANDUAN JURURAWAT DI SINI

Contoh Soalan Temuduga Jurawat
Contoh Soalan Temuduga Jurawat

Anda boleh dapatkan panduan Jururawat dan melakukan persediaan awal dengan rujukan di bawah, anda boleh dapatkan sekarang:

BELI PANDUAN KHAS TEMUDUGA JURURAWAT MALAYSIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...
Jawatan-jawatan Yang di Sandang Pegawai Skim PTD

Isu-isu Yang di Tanya Dalam Seksyen Pengetahuan AM SPA...

Topik Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online SPA ~ Berikut merupakan isu semasa yang di tanya dalam Seksyen...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Calon Jawatan Kerajaan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Jawatan Kerajaan

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan...