Peperiksaan Online SPA: Kesan Positif dan Masalah Teknikal Calon

Terkini: Dapatkan Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini.

Peperiksaan bagi kemasukan kerja kerajaan telah mengalami transformasi apabila Peperiksaan Online SPA mula diperkenalkan dalam dua peperiksaan yang lepas.

Peperiksaan Online SPA telah digunapakai dalam peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 dan calon Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang lepas.

Transformasi dan perubahan ini diadakan selaras dengan keinginan kerajaan ingin memudahkan proses peperiksaan dan pengambilan calon yang layak. Dengan kata lain, peperiksaan online SPA membolehkan calon yang layak menduduki peperiksaan di mana sahaja mereka berada.

Selain dari itu, perubahan besar ini juga dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang memerlukan perbelanjaan tinggi bagi menyediakan kertas jawapan dan buku soalan.

Isi Kandungan

PEPERIKSAAN ONLINE SPA: KESAN POSITIF UNTUK CALON

Pengenalan sistem peperiksaan online SPA sebenarnya mempunyai beberapa kesan positif kepada calon. Antaranya ialah:

  • Calon kini tidak perlu lagi memohon cuti hanya untuk hadir ke pusat peperiksaan.
  • Mobiliti calon tidak terbatas. Kini calon tidak perlu lagi pulang ke kampung semata-mata hanya ingin mengambil peperiksaan SPA.
  • Tiada lagi masalah menukar pusat peperiksaan. Anda boleh menjawab di mana-mana sahaja selagi mempunyai capaian internet.
  • Tiada lagi masalah kelewatan hadir ke pusat peperiksaan.

Namun setelah 2 peperiksaan utama mengunapakai sistem peperiksaan online, terdapat juga rungutan dari calon yang kedengaran.

Antaranya ialah keluhan ke atas sistem peperiksaan itu sendiri dari segi masalah teknikal yang dihadapi calon ketika sedang menjawab soalan-soalan yang dikemukan.

PEPERIKSAAN SPA ONLINE: MASALAH TEKNIKAL DI HADAPI CALON

Berikut antara keluhan yang di terima kami, rata-rata calon mempunyai masalah yang serupa. Rungutan mengenai masalah teknikal yang berlaku.

  • Loading lambat
  • Peperiksaan menggunapakai sitem auto-refresh yang mendatangkan masalah
  • Pop-up mengatakan ada soalan masih belum di jawab sedangkan semua soalan telah di jawab.
  • Fungsi “auto-refresh” yang kerap, menganggu calon.
  • Gambarajah tidak keluar (soalan matematik dan penyelesaian masalah)

Di atas merupakan serba sedikit masalah yang dihadapi calon semasa menjawab. Ia lebih kepada masalah teknikal sistem itu sendiri yang mungkin memerlukan beberapa penambahbaikan dan penyesuaian agar tidak menganggu calon semasa sedang menjawab.

MASALAH LAIN YANG PERLU DI AMBIL KIRA

Antara masalah lain yang perlu di ambil kira oleh calon ialah:

  • Jangan cuba menipu sistem
  • Jangan cuba memanipulasi sistem
  • Jangan lakukan perkara seperti klik butang back di browser atau cuba refresh browser semasa menjawab.

Ingat apa yang anda lakukan semasa menjawab peperiksaan online akan mempengaruhi keputusan peperiksaan anda.

BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN ONLINE SPA

Antara peperiksaan SPA utama yang akan berlangsung dan mengguna pakai sistem peperiksaan online ialah seperti berikut;

Jadi sekiranya anda merupakan calon yang terlibat dalam peperiksaan di atas sedikit sebanyak anda perlu melakukan persediaan.

Pastikan anda melanggan sebagai pembaca laman ini, pihak kami akan hebahkan jualan panduan khas untuk peperiksaan di atas nanti.

  1. salam , harini 22sept15 , saya menduduki ujian online perubatan , sekarang 10.48 still tak boleh nak acces daripada tadi . saya datang cc sejam sebelum . daripada cc ni takda org jadi ramai org . sebelum ni 14sept saya ada dapat ujian yg sama , saya hanya boleh dapat jawab 15 minit yg terakhir 14 soalan je yg saya dapat jawab . lagi mengecewakan section b tak keluar keluar soalan , sedih sangat kecewa . saya pujuk diri saya mungkin bukan rezeki saya haritu . n saya dapat email saya dapat ujian lagi pada harini tapi sangat mengecewakan dapat masuk no giliran je . soalan tak keluar keluar .sekarang da 10.52 still tak ley kluar n kene try again . haihhhh :'((((((

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...
Jawatan-jawatan Yang di Sandang Pegawai Skim PTD

Isu-isu Yang di Tanya Dalam Seksyen Pengetahuan AM SPA...

Topik Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online SPA ~ Berikut merupakan isu semasa yang di tanya dalam Seksyen...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Calon Jawatan Kerajaan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Jawatan Kerajaan

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan...