Syarat Penting Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik

Terdapat beberapa syarat penting sekiranya anda memasang cita-cita untuk menceburi kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik.

Syarat-syarat ini amat penting untuk anda teliti sekiranya anda ingin berjaya sama ada dalam peperiksaan PTD nanti atau semasa anda sedang menjalani sesi temuduga.

Baca juga: Pegawai Tadbir dan Diplomatik: Satu Pengenalan Kepada Jawatan PTD

Sedikit perkongsian dari pihak Exam PTD tentang beberapa syarat penting menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Moga anda mendapat sedikit maklumat dan informasi.

Syarat Penting Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik

Isi Kandungan

CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

  1. Berminat dengan profesion ini
  2. Nilai kepimpinan yang tinggi
  3. Bersifat inovatif dan kreatif
  4. Berpengetahuan tinggi
  5. Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  6. Seorang yang dinamik
  7. Berminat dengan bidang pentadbiran dan pengurusan
  8. Sanggup bekerja di luar negara

Lanjut baca ciri kepimpinan yang diperlukan untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik Malaysia.

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Calon perlu mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian dan sebarang bidang pengkhususan universiti tempatan atau luar negara atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Lulusan peperiksaan memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selain itu, calon perlu mendapat kepujian bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Calon boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda sama ada di universiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jordan dan Indonesia.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana kerjaya ini boleh diceburi oleh lulusan dan bagai bidang, maka calon perlu melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang di peringkat sarjana muda.

Cara pertama: Calon lepasan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang ingin mengikuti program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara perlu lulus dengan baik peperiksaan itu serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang diperlukan program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara yang dipilih. Selepas menamatkan pengajian di peringkat selama satu atau dua tahun, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda mengikut bidang yang dipilih.

Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal baik mata pelajaran pengajian am serta beberapa mata prelajaran lain sama ada aliran sains atau sastera. Selain itu, calon perlu lulus SPM dengan mendapat kepujian bahasa Melayu. Mereka  akan terus ditawarkan ke peringkat sarjana muda.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil pelajar lepasan SPM untuk mengikuti pengajian terus ke peringkat sarjana muda. Syarat yang diperlukan ialah lulus SPM dengan baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Melayu dan matematik.

SYARAT PENTING MENJADI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. LEPASI TAPISAN AWAL

Di atas pihak kami telah kongsikan beberapa maklumat penting tentang kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik. Di harap anda mendapat sedikit maklumat yang diperlukan.

Namun berdasarkan maklumbalas calon terdahulu, paling utama untuk menjawat jawatan ini ialah anda perlulah terlebih dahulu lepasi tapisan awal PTD. Tapisan awal yang dimaksudkan ialah, calon perlu lulus dengan cemerlang Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang diadakan.

Baca juga: Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan proses tapisan awal untuk mengenalpasti calon yang layak. Lulus peperiksaan PTD awal maknanya anda sudah maju setapak untuk menjawat jawatan ini.

Jadi untuk lulus cemerlang, anda perlu melakukan beberapa persiapan awal. Antara persiapan utama ialah lengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu peperiksaan, ketahui jenis soalan PTD yang akan dikemukan dan tahu tentang kerjaya PTD itu sendiri.

PEPERIKSAAN MEMASUKI BIDANG KERJAYA PTD M41

Sebelum seseorang calon di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, calon tersebut perlulah lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik telah ditetapkan terlebih dahulu.

Kebiasaannya calon yang lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Pegawai PTD dengan baik.

Berdasarkan sistem peperiksaan terbaru SPA, Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan diadakan secara online pada tahun ini. Lihat juga Panduan Peperiksaan Online SPA yang pihak kami edarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...