Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Syarat-syarat Memohon Jawatan Penguasa Kastam WK41 | Exam PTD
Home Penguasa Kastam WK41 Syarat-syarat Memohon Jawatan Penguasa Kastam WK41

Syarat-syarat Memohon Jawatan Penguasa Kastam WK41

0
Syarat-syarat Memohon Jawatan Penguasa Kastam WK41

Umum mengetahui pada masa ini, peluang pekerjaan semakin berkurang dan tidak menentu baik dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.

Segala peluang pekerjaan yang terhidang dalam apa sahaja sektor terutama sektor kerajaan akan menjadi rebutan setiap rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, amat wajarlah bagi seseorang itu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memastikan dirinya layak untuk dipilih bekerja dan menjawat sesuatu jawatan.

Salah sebuah jabatan kerajaan yang menawarkan peluang pekerjaan adalah pihak Kastam Diraja Malaysia. Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat memohon jawatan penguasa kastam WK41 bolehlah membuat permohonan jawatan ini. 

Penguasa kastam memainkan peranan yang sangat penting kepada negara bukan sahaja dalam memungut cukai dan mengawal pintu sempadan, hari ini penguasa kastam turut memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca artikel Bidang Tugas Penguasa Kastam WK41.

Sama seperti pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor yang lain, untuk memohon jawatan penguasa kastam WK41 juga terdapat syarat-syaratnya yang tertentu. Setiap calon yang ingin memohon jawatan ini, haruslah memenuhi semua syarat yang diinginkan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang tertera di bawah.

  • Seorang warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas semasa memohon jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang mendapat pengiktirafan kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan lain yang mendapat pengiktirafan tetapi setaraf dengannya.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan  Malaysia daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan lain yang turut mendapat pengiktirafan yang setaraf dengannya.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan lain yang mendapat pengiktirafan tetapi setaraf dengannya.
  • Merupakan seorang Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan  Malaysia daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia.
  • Merupakan seorang Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
  • Mendapat tahap Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau memiliki kelulusan lain yang turut mendapat pengiktirafan setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia. (Kelulusan subjek Bahasa Melayu ini termasuklah kelulusan dalam Ujian Lisan.)

Isi Kandungan

KEMAHIRAN YANG PERLU ADA UNTUK MEMOHON JAWATAN PENGUASA KASTAM WK41

Selain daripada syarat kelayakan, seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran dan sifat tertentu sebagai nilai tambah dan sedikit-sebanyak dapat membantu calon dalam untuk  dipilih sebagai penguasa kastam WK41. Antara kemahirannya ialah seperti di bawah.

  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi secara efektif.
  • Mempunyai pengetahuan yang luas tentang undang-undang serta amalan dalam bidang kastam.
  • Berupaya bertutur dalam bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris.
  • Berkemahiran bertutur dalam banyak bahasa.
  • Mempunyai kemahiran dalam membuat sesuatu tindakan dalam sesuatu situasi.
  • Bersifat tegas, adil dan saksama.
  • Memiliki tubuh badan yang cergas.

PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM WK41

Setiap calon yang memenuhi kriteria atau kelayakan yang telah dinyatakan di atas layak untuk memohon jawatan ini. Seterusnya, calon yang telah memohon akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK41 secara online.

Terdapat tiga seksyen dalam peperiksaan online ini iaitu Seksyen A yang melibatkan pengetahuan am, Seksyen B iaitu daya menyelesaikan masalah matematik dan seksyen terakhir ialah Ujian Psikometrik ataupun juga dikenali sebagai Ujian Sahsiah.

Semua calon harus menjawab dan lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga seksyen dalam peperiksaan online ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang struktur soalan peperiksaan ini dan mendapatkan contoh-contoh soalan bagi ketiga-tiga seksyen ini, anda boleh baca artikel-artikel berikut:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here