Bidang Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29

Tahu tak anda yang saban tahun Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengadakan pengisian kekosongan jawatan Penguasa Kastam WK41 dan juga Penolong Penguasa Kastam WK29 melalui Portal SPA Malaysia.

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ini pastikan anda alert dengan segala hebahan rasmi pengambilan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA Malaysia). Namun permohonan untuk pengisian jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah terbuka sepanjang tahun. Anda hanya perlu lakukan permohonan melalui portal SPA sahaja.

Namun, sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda mengetahui syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini terlebih dahulu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat yang perlu anda penuhi, anda boleh membaca artikel Syarat Kelayakan Memohon Jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29.

kastam 2

Mungkin ada di antara anda yang masih kurang pasti apakah sebenarnya bidang tugas Penolong Penguasa Kastam dan apakah tugas mereka di negara kita.

Adakah tugas mereka sama seperti tugas seorang Penguasa Kastam atau sebaliknya? Di dalam artikel ini, anda akan memperoleh maklumat tentang bidang tugas Penolong Penguasa Kastam dan apa peranan mereka dalam pentadbiran negara.

Isi Kandungan

BIDANG TUGAS PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Meskipun masyarakat menganggap tugas seorang Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 adalah sama seperti tugas khas Penguasa Kastam gred WK49 iaitu mengutip cukai dan membanteras aktiviti penyeludupan serta mengawal pintu sempadan, namun realitinya bukan begitu.

Tugas seorang Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 lebih tertumpu kepada kerja dalaman dan tidak terlibat dengan kerja luar seperti yang dijalankan oleh Penguasa Kastam WK41 contohnya seperti rampasan barang seludup, mengawal pintu sempadan dan sebagainya.

Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 lebih berperanan sebagai pembantu kepada Penguasa Kastam dan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan.

Antara tugas seorang Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah seperti berikut:

  1. Penolong Penguasa Kastam bertanggungjawab menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling jabatan dan surat-surat jaminan bank.
  2. Berperanan dalam membantu tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  3. Bertanggungjawab mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegahan.
  5. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  6. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan, cukai perkhidmatan, kad-kad lejer bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Jika permohonan anda dalam jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 berjaya, anda akan melalui fasa tapisan pertama iaitu Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29. Seterusnya, jika anda lulus peperiksaan, anda akan melalui fasa tapisan kedua pula iaitu temuduga.

Baca juga: Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 dipecahkan kepada tiga seksyen. Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga seksyen ini untuk memastikan anda dipanggil temuduga. Ketiga-tiga seksyen tersebut adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah Matematik
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik

Pastikan anda menjawab soalan-soalan ini dengan teliti untuk lulus. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai struktur peperiksaan ini, anda boleh baca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29.

Pastikan juga anda membuat permohonan dengan segera jika anda masih belum memohon. Jika permohonan anda berjaya, pastikan anda menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Kami mendoakan kejayaan anda!

  1. Your comment is awaiting moderation

    Доброго всем дня!
    купить диплом института

    Желаю всем пятерошных) оценок!
    http://mdr7.ru/topic7771.html?&p=95946

    купить диплом колледжа
    купить диплом
    купить диплом бакалавра

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29. Contoh-contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 di bawah merupakan perkongsian...
Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam WK29

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam...

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Matematik Penolong Penguasa Kastam...

Bagi anda yang berminat untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, bolehlah anda membuat permohonan secara...