Berikut merupakan 8 bidang tugas utama PTD sekiranya anda hendak menjadi PTD:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Peranan seorang PTD dan bidang tugas PTD berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan negara. Perubahan ini dipengaruhi struktur politik, keselamatan, ekonomi dan sosial negara.

Sebagai contoh pada era 60-an PTD banyak tertumpu dalam bidang pentadbiran dan pengurusan manakala pada era 90-an PTD lebih tertumpu dalam pembangunan sektor ekonomi.

Perkembangan pesat teknologi dan maklumat kini mungkin akan mempengaruhi tugas dan peranan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Berminat menjadi PTD? Pastikan anda rujuk Contoh Soalan PTD ini sebagai persediaan anda.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here