Contoh Soalan Matematik Penolong Akauntan W27

Sudah tentu anda telah sedia maklum yang format Peperiksaan Penolong Akauntan W27 sesi ambilan 2015 mempunyai beberapa Seksyen pernilaian berbeza.

Sekali lagi berikut merupakan 3 Seksyen utama dalam Peperiksaan Penolong Akauntan W27.

  • Seksyen A – Soalan Pengetahuan Am Penolong Akauntan
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Matematik
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik Penolong Akauntan W27
    **Ujian Sahsiah dan Personaliti (Peperiksaan diadakan secara Online)

Setiap Seksyen yang berbeza akan dicorakkan dengan pelbagai jenis soalan yang bakal menguji kemahiran, kefahaman dan daya pemikiran calon.

Isi Kandungan

CONTOH SOALAN MATEMATIK PENOLONG AKAUNTAN

Di bawah sedikit maklumat dan beberapa Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Penolong Akauntan W27. Harap dapat memberi gambaran awal kepada calon.

Untuk menjawab dengan mudah Seksyen ini pastikan anda memberi perhatian kepada konsep matematik mudah di mana kebanyakan soalan bertaraf SPM akan menguji anda.

SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Bahagian ini berkaitan dengan Matematik dan mempunyai pecahan topik berikut:

(i) kemahiran logik
(ii) kemahiran menginterpretasi data
(iii) konsep-konsep matematik

Berikut merupakan contoh soalan daya menyelesaikan masalah matematik Penolong Akauntan W27 mengikut pecahan topik yang terlibat.

(i) KEMAHIRAN LOGIK

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon di beri beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) KONSEP-KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

CONTOH SOALAN MATEMATIK PENOLONG AKAUNTAN TERKINI

Berikut merupakan beberapa set Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA sebagai rujukan awal anda.

Lihat jenis soalan yang diajukan.

This slideshow requires JavaScript.

PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan asas calon, kefahaman tentang konsep Matematik dan setiap soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Penolong Akauntan.

Kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas tentang matematik dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan. Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar.

Kepada calon yang terlibat dalam peperiksaan Penolong Akauntan nanti, pihak kami akan menghebahkan jualan Panduan Khas Peperiksaan Penolong Akauntan W27. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini melalui fungsi langganan pembelian di bawah atau terus sahaja ke web jualan untuk mendapatkan panduan tersebut.

Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Penolong Akauntan W27. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.

Untuk mendapatkan panduan khas tersebut, pembelian boleh dilakukan menggunakan link di bawah. Sila ikut arahan di skrin anda.

Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Tempah Panduan Penolong Akauntan Sekarang

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

Sebagai alternatif, calon juga boleh melanggan sebagai pembaca laman Exam PTD untuk mendapatkan panduan tersebut. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon nanti.

Nota: Jualan akan dilakukan dalam masa terdekat. Sila langgan dan daftar sebagai pembaca untuk mendapat hebahan awal jualan terus ke email anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Semakan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Akauntan 2015

Keputusan Peperiksaan Online Penolong Akauntan 2015 yang diadakan baru-baru ini sudah diumumkan dan di buka untuk semakan....
Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan W27

Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan W27

Tahukah anda Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan W27 yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Penolong...
Ujian Psikometrik Penolong Akauntan Contoh Soalan

Ujian Psikometrik Penolong Akauntan W27

Seksyen Ujian Psikometrik Penolong Akauntan Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Perakaunan. Ia Seskyen wajib dijawab dalam peperiksaan...