PANDUAN TEMDUGA KASTAM WK41 2017

Perhatian calon temuduga Penguasa Kastam WK41. Anda boleh rujuk contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 melalui pautan berikut:

[+] Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM WK41 2017

Berdasarkan hebahan terbaru dari pihak SPA Malaysia, akan berlangsung satu lagi peperiksaan online yang melibatkan calon-calon jawatan Penguasa Kastam WK41 2017.

Atas permintaan calon WK41 Penguasa Kastam, pihak kami ingin kongsikan informasi ringkas kerjaya Kastam dan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam terkini untuk rujukan calon terlibat dalam peperiksaan tersebut.

Calon WK41 yang terlibat dalam Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred WK41 boleh melanggan sebagai pembaca melalui fungsi langganan di bawah untuk mendapatkan hebahan terkini jualan panduan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang akan kami edarkan tidak lama lagi.

Klik link di bawah dan daftar nama anda. Hebahan akan di buat terus ke email anda apabila jualan di buka.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan sebagai pembaca laman ini. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email anda apabila jualan di buka.

LANGGAN PANDUAN KHAS PENGUASA KASTAM WK41

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

SEPINTAS LALU MENGENAI KERJAYA KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Secara umumnya seorang anggota Kastam perlulah mempunyai nilai pertimbangan yang baik. Tegas dalam menjalankan kerja perkastaman dan adil. Anda juga perlulah jujur dalam mengaplikasikan peraturan.

Boleh dikatakan di atas merupakan nilai ideal yang perlu dipunyai oleh seorang anggota Kastam, terutamanya dalam menjalankan urusan perkastaman. Tambahan pula, bidang tugas seorang Pegawai Kastam semakin bertambah.

Tugas seorang anggota Kastam di Malaysia bukan sekadar memantau kegiatan penyeludupan dan bertugas mengutip cukai tertentu di bawah bidang kuasa Kastam DiRaja Malaysia sahaja. Anggota Kastam kini perlu melakukan lebih dari itu selari dengan kepesatan pembangunan negara.

Jika dahulu, tugas mereka lebih sinonim dengan peranan mengawal keselamatan negara di kawasan sempadan – mengawal aktiviti penyeludupan dan sebagainya. Anggota Kastam kini mempunyai bertangungjawab yang lebih besar dalam melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar Kastam negara yang berkaitan.

Selari dengan pembangunan dan kepesatan pembangunan teknologi dan maklumat, Kastam Di Raja Malaysia memerlukan anggota yang menguasai ilmu pengetahuan berhubung kecanggihan teknologi terkini selain mempunyai pengetahuan dalam hal pendakwaan.

TUGAS PENGUASA KASTAM GRED WK41

Berdasarkan deskripsi tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Seorang Penguasa Kastam WK41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut;

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Selain itu seorang Penguasa Kastam WK41 juga berperanan dalam;

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Seorang Penguasa Kastam WK41 juga berperanan dalam tugas-tugas berkaitan percukaian seperti berikut;

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Tugas berkaitan perindustrian, siasatan dan pencegahan;

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGUASA KASTAM WK41

Di Malaysia, untuk menjadi seorang Penguasa Kastam Gred WK41 calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Seorang calon yang mempunyai cukup syarat seperti di atas adalah layak untuk memohon kerja sebagai seorang Penguasa Kastam.

TUGAS UMUM SEORANG PENGUASA KASTAM WK41 (ANGGOTA KASTAM)

Penguasa Kastam boleh melakukan beberapa atau semua tugas seperti di bawah bergantung kepada undang-undang Kastam sesebuah negara/negeri yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan bidang tugas umum seorang Penguasa Kastam WK41 di Malaysia.

MENGUTIP CUKAI BAGI KERAJAAN

Ia merupakan peranan penting yang dimainkan oleh Kastam yang bertanggungjawab mengutip cukai bagi pihak Kerajaan. Semua aktiviti perdagangan peringkat antarabangsa atau tempatan akan di kawal oleh pihak Kastam melalui dasar perlesenan dan percukaian.

Mengutip cukai perniagaan juga termasuk dalam bidang tugas umum seorang Pegawai Kastam Malaysia. Cukai perniagaan dikenakan keatas semua perniagaan yang berdaftar, cukai diwajibkan apabila nilai pendapatan perniagaan tersebut mencapai tahap yang ditetapkan kerajaan.

MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

Jabatan Kastam juga berperanan dalam membantu mengawal keselamatan negara melalui pengawalan sempadan negara. Tugas utama ialah mengawal aktiviti penyeludupan barang sama ada barang yang di bawa keluar atau di bawa masuk ke negara yang boleh menyalahi undang-undang.

Pemeriksaan barangan import juga perlu dilakukan oleh seorang anggota Kastam Malaysia. Ini untuk memastikan setiap barangan import tidak terkecuali dari membayar cukai.

TUGAS KHUSUS PEGAWAI KASTAM

Berikut merupakan tugas khusus seorang Pegawai Kastam di setiap negeri di Malaysia yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah;

  • Kastam dan Perindustrian – Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu import, eksport dan perindustrian. Ia lebih berkait dengan tugas memantau perjalanan import dan eksport negara yang kebiasaannya berlaku di sempadan, perlabuhan dan kawasan perindustrian.
  • Cukai Dalaman – Berkaitan dengan kawalan perlesenan, kawalan kemudahan dan kawaln pungutan.
  • Pengurusan – Lebih tertumpu kepada pengurusan pejabat.
  • Perkhidmatan Teknik – Tertumpu kepada empat bidang iaitu penjenisan dan penilaian, pasca import, perakaunan hasil dan pemeriksaan akaun.
  • Pencegahan – Lebih tertumpu kepada lima aspek penting iaitu risikan dan siasatan, pendakwaan, narkotik, marin dan unit pencegah penyeludupan.

KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

Seorang Penguasa Kastam yang baik perlulah mempunyai kemahiran dan pegetahuan tetentu yang boleh membantu dalam tugas, antara nilai tambah yang diperlukan oleh seorang Penguasa Kastam adalah seperti berikut:

  • Pengetahuan dan kefahaman mengenai pelbagai budaya
  • Kemahiran komunikasi,analitikal dan kemahiran penyelidikan serta berpengetahuan undang-undang Kastam, dasar-dasar dan prosedur rasmi.
  • Keupayaan untuk bertutur bahasa lain adalah amat membantu dalam kerjaya ini.
  • Seorang yang tegas dan adil.
  • Mempunyai nilai pertimbangan yang baik dalam melaksanakan tindakan dan keputusan.

PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM WK41 2017

Sebelum seseorang calon di panggil untuk di temuduga Penguasa Kastam WK41, calon tersebut perlulah lulus Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Selalunya calon yang lulus peperiksaan Penguasa Kastam WK41 akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Penguasa Kastam nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Penguasa Kastam WK41 dengan baik.

Selain itu, calon peperiksaan Penguasa Kastam W41 juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 yang telah disediakan sebagai panduan menjawab soalan nanti.

TUJUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred WK41.

Peperiksaan ini melibatkan beberapa Seksyen peperiksaan berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua Seksyen yang terlibat. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) Seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap Seksyen, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada Seksyen tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

FORMAT PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM GRED WK41

Berdasarkan format peperiksaan online terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 mempunyai beberapa Seksyen utama iaitu;

  • Seksyen A: Pengetahuan AM
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik/Ujian Sahsiah

SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM KASTAM WK41

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 Seksyen Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Dunia.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Penguasa Kastam W41

SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH KASTAM WK41

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Menggunakan Logik untuk Menyelesaikan Masalah.

Dalam seksyen ini calon akan diberikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untuk menyelesaikan
permasalahan yang diberikan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41, Seksyen B Matematik yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan. Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Matematik Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Untuk soalan terperinci, anda boleh mendapatkan set lengkap Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 ini melalui link pembelian di atas atau di bawah.

SEKSYEN C: UJIAN PSIKOMETRIK KASTAM

Rata-rata calon email kami pertanyaan mengenai Seksyen C Peperiksaan Penguasa Kastam iaitu Ujian Psikometrik. Boleh dikatakan semua mencari tentang SEKSYEN C.

Sebenarnya….

Seksyen C berkaitan dengan Ujian Psikometrik, terdapat 200 soalan yang perlu dijawab dalam masa 60 minit.

Ujian Psikometrik = 200 Soalan = 60 Minit

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda dalam Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 itu nanti.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

Tempoh Menjawab: 60 minit
Jumlah Soalan: 200 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Kesemua soalan akan berkait rapat dengan “personaliti” anda.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.

ANTARA CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK YANG BAKAL MEMERANGKAP ANDA

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’. Soalannya seperti di bawah;

  • Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  • Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain
  • mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
  • Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
  • Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
  • Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’. Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Cuba bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam 200 pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten?

Untuk lebih contoh sila dapatkan panduan Peperiksaan WK41 banyak yang pihak kami kongsikan. Dapatkan naskhah anda melalui link di bawah nanti.

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Anda boleh mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan Peperiksaan SPA dan Temuduga anda.

Klik link di bawah dan daftar nama anda. Hebahan akan di buat terus ke email anda apabila jualan di buka.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 2014

BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan sebagai pembaca laman ini. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email anda apabila jualan di buka nanti.

LANGGAN PANDUAN KHAS PENGUASA KASTAM W41

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

KANDUNGAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Untuk dijadikan Panduan bagi Peperiksaan Penguasa Kastam WK41, boleh dikatakan panduan yang dihasilkan merupakan satu seumpamanya yang didatangkan dengan pakej lengkap yang boleh dijadikan rujukan oleh calon WK41. Tidak keterlaluan mengatakan begini disebabkan tidak banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan, khasnya untuk calon Peperiksaan Penguasa Kastam WK41.

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan WK41. Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ini.

  • Penerangan format Peperiksaan WK41 yang menyentuh setiap pecahan Seksyen yang perlu dijawab oleh calon.
  • Huraian setiap Seksyen Peperiksaan WK41 yang diperincikan.
  • Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41. Contoh soalan yang diberikan hanya untuk membiasakan calon menjawab soalan berkaitan perkastaman. Tidak lebih dari itu ia juga bukan SOALAN BOCOR.
  • Nota-nota berkaitan urusan perkastaman, kerjaya Kastam, Pengurusan Kastam dan nota lain yang berkaitan juga disediakan.

Lebih tepat ianya merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan sebagai alat bantuan Peperiksaan calon W41. Untuk makluman calon, TIADA PANDUAN LAIN seumpamanya yang diterbitkan sebagai rujukan calon. Ia merupakan inisiatif pihak Info Kerjaya membantu calon Peperiksaan SPA.

Kami telah membantu puluhan ribu calon lulus cemerlang dalam pelbagai peperiksaan termasuk Peperiksaan PTD, Pegawai Arkib S41, Pegawai Penerangan S41 dan banyak lagi.

Penafian: Pertama sekali pihak kami ingin menjelaskan panduan yang pihak kami edarkan sama sekali bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan sebagai alat bantuan calon Peperiksaan. Panduan yang dikeluarkan juga tiada kena mengena dengan pihak SPA MALAYSIA.

36 COMMENTS

    • Hi

      Our team will email all subscribers after receive exam W41 confirmation from SPA Malaysia. Just subscribe to our newsletter here to get notified by email.

      Thanks

    • Salam.

      Harga Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 berbeza mengikut pakej. Kami akan hebahkan kepada umum apabila jualan di buka.

      Terima Kasih

    • Pecahan Seksyen Peperiksaan Penguasa Kastam W41 sama dengan Peperiksaan Gred W27. Terdapat 3 Seksyen peperiksaan utama iaitu;

      1- Pengetahuan AM
      2- Daya Menyelesaikan Masalah Matematik, dan
      3- Ujian Psikometrik Kastam

    • terima kasih.

      pihak kami akan menghantar hebahan berkaitan pembelian contoh soalan peperiksaan penguasa kastam w41 dan hebahan lain berkaitan terus kepada calon yang melanggan. tunggu sahaja hebahan dari kami nanti.

    • terima kasih kerana berminat. sila daftar sebagai calon yang berminat. pihak kami akan terus menghantar hebahan jualan ke email anda.

    • pihak kami akan menghantar hebahan berkaitan pembelian contoh soalan peperiksaan penguasa kastam w41 dan hebahan lain berkaitan terus kepada calon yang melanggan. tunggu sahaja hebahan dari kami nanti.

    • terima kasih kerana berminat. sila daftar sebagai calon yang berminat. pihak kami akan terus menghantar hebahan jualan ke email anda.

  1. Tips dalam buku ini mungkin berguna utk persediaan kami yg bakal mengambil peperiksaan bg jawatan penguasa kastam pd 6 sep 2014.Harap sgt dapat memiliki buku ini secepat mungkin.terima kasih..

    • Tuan sila mendaftar nama dan email ke dalam sistem mailing list kami dahulu. Kami akan menghantar hebahan jualan panduan exam W41 terus ke email semua calon yang mendaftar nanti. Panduan dalam peringkat akhir kemaskini.

      Terima Kasih

    • Tuan sila mendaftar nama dan email ke dalam sistem mailing list kami dahulu. Kami akan menghantar hebahan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 terus ke email semua calon yang mendaftar nanti. Panduan dalam peringkat akhir kemaskini.

      Pakej bermula serendah RM40 seperti rujukan exam yang dikeluarkan oleh Tim InfoKerjaya

      Terima Kasih

    • Puan sila mendaftar nama dan email ke dalam sistem mailing list kami dahulu. Kami akan menghantar hebahan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 terus ke email semua calon yang mendaftar nanti. Panduan dalam peringkat akhir kemaskini.

      Pakej bermula serendah RM40 seperti rujukan exam yang dikeluarkan oleh Tim InfoKerjaya

      Terima Kasih kerana berminat.

    • Puan Aishah sila opt in ke waiting list menuggu dahulu. Pembelian akan dihebahkan nanti. Kelebihan yang mendaftar ialah hebahan jualan akan di hantar terus ke email calon W41 Kastam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here