Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 2014
Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 2014

Berikut adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 yang ditanya dalam peperiksaan SPA lepas. Calon Penolong Penguasa Kastam boleh jadikan set soalan berikut sebagai panduan & rujukan.

Selain itu, Nota berkaitan urusan perkastaman, GST & pentadbiran kerajaan juga pihak kami telah sediakan dalam Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 yang pihak kami keluarkan di bawah.

Pastikan anda melanggan sebagai pembaca laman Exam PTD Malaysia untuk mendapatkan hebahan terkini jualan Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam tidak lama lagi.

Anda boleh mendapatkan contoh soalan Penolong Penguasa Kastam WK29 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan peperiksaan anda.

Klik link di bawah dan daftar nama anda. Hebahan akan di buat terus ke email anda apabila jualan di buka.

panduan peperiksaan online penolong penguasa kastam w27

STRUKTUR PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 merupakan tapisan pertama yang harus anda tempuhi sebaik sahaja permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online.

Dalam peperiksaan online ini, terdapat tiga seksyen yang harus anda jawab. Anda juga perlu lulus dengan baik ketiga-tiga seksyen ini untuk memastikan anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Huraian bagi ketiga-tiga seksyen adalah seperti berikut:

CONTOH SOALAN SEKSYEN A

Seksyen A merangkumi soalan yang menguji tentang pengetahuan am calon. Pengetahuan am yang disoal dalam soalan-soalan di Seksyen A ini tidak tertumpu kepada pengetahuan am mengenai kerjaya sebagai kastam sahaja.

Soalan-soalan dalam Seksyen A merangkumi pengetahuan am dalam pelbagai aspek dan juga isu-isu semasa yang berlaku tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar negara. Anda haruslah peka dengan semua isu semasa yang berlaku setiap hari bagi membantu memudahkan anda menjawab soalan seksyen ini.

Tujuan utama seksyen ini adalah untuk menguji sejauh mana kesedaran dan kepekaan anda terhadap isu-isu terkini yang berlaku di dalam dan juga di luar negara. Pastikan anda banyak membaca untuk mengetahui isu-isu terkini sebanyak yang boleh dalam pelbagai bidang.

Anda diberi masa selama 40 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam Seksyen A ini. Jumlah soalan yang terdapat dalam seksyen ini adalah sebanyak 50 soalan. Anda wajib menjawab kesemua soalan. Kesemua soalan juga adalah dalam bentuk objektif. Pilihan jawapan disediakan untuk anda.

Berikut merupakan contoh-contoh soalan daripada Seksyen A:

1.) Siapakah nama Ketua Pengarah Kastam Malaysia?

A. Datuk Patinggi Rahman Awang
B. Datuk Seri Ideris Jala
C. Datuk Seri Khazali Hj Ahmad
D. Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim

Jawapan: C

2.) Berapakah kadar cukai yang dikenakan dalam GST?

A. 3%
B. 5%
C. 4%
D. 6%

Jawapan: D

3.) Dasar Sosial Negara mempunyai objektif berikut kecuali

A. Menjana sinergi multisektor
B. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
C. Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
D. Memperkukuh dan membangun sistem sokongan dan perkhidmatan sosial.

Jawapan: B

4.) Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

i. pengurusan menopaus
ii. saringan kanser reproduktif
iii. ujian makmal yang komprehensif
iv. perkhidmatan perancang keluarga.

A. i,ii dan iii
B i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

5.) Apakah yang dimaksudkan dengan rekod?

i. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atas peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.

ii. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.

iii. Pelan, lukisan, gambar, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.

iv. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. i dan ii

B. i, ii dan iii

C. ii, iii dan iv

D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

6.) Antara berikut, manakah pernyataan yang berkaitan dengan Kabinet?

i. Diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara

ii. Menggubal dasar-dasar negara

iii. Setiap menteri dan timbalan menteri perlu hadir mesyuarat Kabinet seminggu sekali

iv. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. i dan ii

B. iii dan iv

C. i, ii dan iv

D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: C

7.) Apakah nama akademi yang melatih  kastam mengenai ilmu dan tugas perkastaman?

A. ForceMY

B. Jabatan Akauntan Negara

C. Unit Latihan Kastam Diraja Malaysia

D. AKMAL

Jawapan: D

8.) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama kecuali

A. Yang Dipertuan Agong

B. Perlimen

C. Dewan Negara

D. Dewan Rakyat

9.) Pernyataan di bawah berkaitan dengan Padi Beras Nasional Malaysia (BERNAS) kecuali

A. Mengawal harga beras di Malaysia

B. Meluluskan lesen penanaman padi

C. Menjual padi secara borong dan runcit

D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

Jawapan: D

9.) Berapakah jumlah berat beras pulut yang dibenarkan dibawa masuk ke negara bagi setiap individu?

A. 3 kg

B. 5kg

C. 4kg

D. 6kg

Jawapan: B

10.) Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah?

A. 1978

B. 1977

C. 1987

D. 1992

Jawapan: B

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan contoh soalan Seksyen A, anda boleh klik link berikut Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam WK29.

CONTOH SOALAN SEKSYEN B

Jika Seksyen A berkaitan dengan pengetahuan am, Seksyen B pula lebih kepada pengiraan dan menyelesaikan masalah. Tujuan utama Seksyen B adalah untuk menguji kemampuan calon dalam menyelesaikan masalah.

Dalam seksyen ini juga anda haruslah bijak menggunakan kemahiran berfikir dan kecerdasan minda untuk mencari jawapan bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan dalam soalan-soalan di Seksyen B ini.

Anda diberikan masa sebanyak 40 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam Seksyen B ini. Bilangan soalan yang disediakan adalah sebanyak 40 soalan. Sama juga seperti Seksyen A, anda perlu menjawab kesemua soalan yang diberikan.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen B:

1.) Sebanyak 1320 kes penyeludupan telah berjaya ditumpaskan oleh pihak kastam pada tahun lalu. 30% daripada kes itu merupakan kes penyeludupan rokok. Berapakah jumlah kes penyeludupan rokok yang berjaya ditumpaskan?

A. 450
B. 135
C. 260
D. 138
Jawapan: B

2.)contoh soalan kastam wk29

3.) Gaji Ahmad adalah sebanyak RM6,540.00 sebulan. Jika setiap tahun kadar cukai pendapatan adalah sebanyak 8% setahun, berapakah nilai cukai yang perlu dibayar oleh Ahmad tahun ini.

A. RM50,227.20

B. RM30,124.30

C. RM48,327.20

D. RM67,000.00

Jawapan: A

4.) Harga sebuah barangan elektrik adalah RM16.50. Berapakah harga barangan elektrik tersebut jika termasuk dengan jumlah cukai GST?

A. RM19.50

B. RM17.49

C. RM20.32

D. RM18.00

Jawapan: B

5.) Ismail didapati bersalah menyeludup baju jersi berjenama daripada negara seberang. Dia telah ditahan oleh penguasa kastam di sempadan dan telah dikenakan hukuman. Hukuman yang dikenakan kepadanya adalah denda sebanyak 60% daripada harga kesemua jersi tersebut. Jika harga sehelai jersi itu adalah RM12 dan Ahmad telah menyeludup sebanyak 146 helai jersi, berapakah nilai denda yang perlu dibayar olehnya?

A. RM1,051.20

B. RM2,230.00

C. RM1,324.02

D. RM1,432.20

Jawapan: A

6.) Terdapat seramai 1500 orang pekerja dalam sebuah Jabatan kerajaan. Seramai 20 orang pekerja daripada jumlah itu telah dinobatkan sebagai pekerja cemerlang. Berapakah kebarangkalian pekerja yang dinobatkan sebagai pekerja cemerlang itu?

A. 1/75

B. 2/75

C. 3/75

D. 4/75

Jawapan:B

7.) Dalam sukaneka antara Kastam tahun 2018, sebanyak 8 buah pasukan futsal dari jabatan kastam pelbagai cawangan telah menyertai pertandingan futsal yang dianjurkan sempena sukaneka ini. Jika semua perlawanan diadakan secara liga (semua pasukan bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah pertandingan futsal yang berlangsung pada hari tersebut?

A. 21

B. 28

C. 49

D. 56

Jawapan: B

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta contoh soalan yang lebih banyak sila baca artikel Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Penolong Penguasa Kastam WK29.

CONTOH SOALAN SEKSYEN C

Seksyen terakhir dalam Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 adalah Seksyen C ataupun lebih dikenali sebagai Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik adalah bertujuan untuk menguji personaliti calon seperti daya kepimpinan, kebolehan berkomunikasi, toleransi dan sebagainya.

Dalam Ujian Psikometrik ini anda dinasihatkan untuk menonjolkan sifat-sifat positif yang ada dalam diri anda semasa menjawab soalan-soalan dalam seksyen tersebut. Pastikan juga anda sentiasa berhati-hati kerana soalan-soalan Ujian Psikometrik kebanyakannya adalah soalan perangkap.

Anda diberikan masa selama 60 minit untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan. Jumlah soalan yang perlu anda jawab adalah sebanyak 200 soalan. Soalannya hanya ringkas dan anda hanya perlu memilih satu antara tiga pilihan iaitu “Ya”, “Tidak” atau “Tidak Pasti”. Berikut merupakan contoh soalan Ujian Psikometrik:

1.) Saya akan bekerja dengan penuh tanggungjawab jika saya dinaikkan pangkat tahun depan?
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Jawapan:B

2.) Tidak adil bekerja lebih masa jika tiada kenaikan gaji?
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Jawapan:B

3.)Saya akan sentiasa memberikan hadiah kepada majikan sebagai tanda terima kasih kerana telah mengambil saya kerja

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan: B

4.) Apabila saya sudah berjaya menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam, saya boleh berbangga dan tidak perlu berusaha lebih kerana pekerjaan ini sangat saya minati

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan: B

5.) Saya suka melayan setiap karenah rakan sekerja walaupun mereka berjawatan lebih rendah daripada saya

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan: A

Penguasa kastam dan penolong penguasa kastam sepatutnya dibenarkan memakai pakaian bebas sewaktu bekerja asalkan pakaian tersebut kemas.

Ya

Tidak

Tidak Pasti

Jawapan: B

6.) Saya akan selalu berjaga-jaga apabila orang yang tidak saya kenali dan mencurigakan memandang ke arah saya.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan: A

7.) Jika saya berjaya menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam nanti, saya tidak akan memohon jawatan lain lagi yang lebih tinggi kerana saya sangat selesa dengan tugas ini.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

8.) Saya suka menyesuaikn diri dengan orang lain dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan:A

9.) Walaupun saya mendapat barang belian yang saya beli secara online dalam keadaan tidak baik, saya tidak akan membuat aduan.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan: B

10.) Saya boleh melihat sesuatu perkara itu dalam sudut positif

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

Jawapan: A

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Ujian Psikometrik dan untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan, klik link berikut Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK29.

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada anda yang memohon. Selamat berjaya juga buat anda dalam menghadapi peperiksaan ini. kami mendoakan kejayaan anda!

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Anda boleh mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan Peperiksaan SPA dan Temuduga anda.

Klik link di bawah dan daftar nama anda. Hebahan akan di buat terus ke email anda apabila jualan di buka.

panduan peperiksaan online penolong penguasa kastam w27

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

9 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here