Contoh Soalan Ujian Psikometrik Kastam WK41

Dalam peperiksaan online penguasa kastam WK41, terdapat tiga seksyen yang wajib dijawab oleh setiap calon dan calon perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap seksyen ini jika ingin dipilih untuk memegang jawatan sebagai penguasa kastam WK41.

Seksyen terakhir dalam peperiksaan ini adalah Seksyen C. Seksyen C juga dikenali sebagai Ujian Psikometrik atau Ujian Sahsiah. Di dalam artikel ini, anda boleh mendapatkan maklumat awal mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik penguasa kastam WK41.

STRUKTUR SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Ujian psikometrik merupakan ujian yang dirangka bagi menilai sejauh mana kematangan calon membuat keputusan. Calon haruslah bijak dalam memikirkan kesan sebelum mereka membuat keputusan. Jumlah soalan yang perlu dijawab oleh calon dan masa yang dibekalkan adalah seperti berikut:

  • Jumlah soalan: 200 soalan
  • Masa: 1 jam

Walaupun jumlah soalan sangat banyak dan masa yang diberikan cuma 1 jam, namun calon tidak perlu bimbang kerana soalan dalam Ujian Psikometrik ini hanya mempunyai dua pilihan jawapan iaitu ‘ya’ atau ‘tidak’.

Calon akan diberi beberapa situasi kemudian akan dibekalkan dengan tindakan. Calon perlu membuat keputusan sama ada tindakan yang diberikan itu dipersetujui atau tidak. Jika bersetuju calon perlu menjawab ‘ya’ dan begitu juga sebaliknya.

Namun, walaupun soalan dalam Seksyen C ini dilihat mudah untuk dijawab tetapi soalan-soalan ini menjadi soalan perangkap buat calon. Soalan-soalan dalam Seksyen C ini sengaja direka untuk melihat sejauh mana jati diri dan personaliti diri yang calon miliki seperti sifat kejujuran, integriti, disiplin, toleransi dan sebagainya.

Kajian daripada peperiksaan sebelum ini juga menunjukkan ramai calon yang terkandas dalam Ujian Psikometrik ini. Hanya peratusan kecil sahaja yang lulus dalam ujian ini. Walaupun soalan-soalan ini hanya memerlukan calon untuk menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ namun kesan daripada jawapan calon itu sangat besar dan mampu menjejaskan markah keseluruhan peperiksaan ini.

Calon dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memahami soalan terlebih dahulu sebelum menjawab. Pemikiran kritis dan kematangan dalam membuat keputusan sangatlah penting dalam menjawab soalan-soalan Ujian Psikometrik ini.

Calon turut dinasihatkan supaya memperlihatkan segala ciri-ciri positif yang ada dalam diri untuk memastikan keputusan yang dibuat bagi menjawab soalan-soalan dalam Ujian Psikometrik ini tepat. Jawapan yang dipilih oleh calon sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ haruslah memberi hasil yang baik dan menunjukkan calon mempunyai jati diri yang teguh.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Antara contoh soalan-soalan yang terdapat dalam Bahagian C adalah seperti berikut:

1.) Ketika orang lain memberikan cadangan, saya tidak suka menerima pendapat mereka.

     A. Ya         B. Tidak

    Jawapan: B

2.) Adalah tidak adil untuk bekerja lebih masa sekiranya tidak diberikan kenaikan gaji atau bonus yang lebih.

   A. Ya          B. Tidak

  Jawapan: B

3.) Tindakan saya adalah sentiasa betul walaupun ada yang mengatakan tindakan saya salah kerana saya ada pendapat sendiri yang teguh dan tepat.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: B

4.) Rasa cemburu tidak seharusnya ada jika rakan sekerja mendapat kenaikan pangkat atau kenaikan gaji.

   A. Ya          B. Tidak

   Jawapan: A

5.) Saya tidak boleh mengutamakan pandangan saya sahaja apabila orang lain turut memberikan pandangan.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: A

6.) Saya harus bersifat profesional dan tidak boleh marah sekiranya rakan sekerja menggunakan taktik kotor.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: A

7.) Saya tidak mahu menjadi pemimpin dan saya selesa dengan pangkat saya sekarang kerana risiko menjadi pemimpin sangat tinggi.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: B

8.) Saya berhak menolak arahan pemimpin atasan kerana tindakan saya adalah benar.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: B

9.) Saya harus bekerjasama dengan rakan sekerja yang lain demi menghasilkan sebuah gerak kerja yang cemerlang.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: A

10.) Apabila memuji orang bawahan, perkara itu tidaklah sesuatu yang mampu menjatuhkan kredibiliti kita.

    A. Ya          B. Tidak

    Jawapan: A

TIPS DALAM MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Soalan-soalan Ujian Psikometrik memerlukan fokus yang tinggi daripada calon untuk menjawabnya. Calon tidak boleh gopoh dalam menanda jawapan kerana bimbang akan tersalah memilih jawapan.

Calon juga tidak digalakkan menghabiskan banyak masa pada soalan yang susah kerana masa yang diberikan tidaklah lama. Fokus dan daya berfikir yang matang amat diperlukan dalam Ujian Psikometrik ini.

Untuk mendapatkan panduan yang lebih lanjut tentang peperiksaan penguasa kastam WK41 dan contoh-contoh soalan seksyen lain, anda bolehlah membaca artikel-artikel berikut:

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here