Intipati Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam ~ Bonus, Cuti, Skim Perumahan & Pelbagai

0
9057
Intipati Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam

Pemberian pelbagai insentif kepada penjawat awam menerusi Bajet 2018 wajar menjadi pendorong kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan dan penjawat awam untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Dalam Bajet 2018 yang diumumkan pelbagai insentif kahas untuk penjawat awam telah diumumkan. Antara yang dinanti-nantikan adalah berkaitan Bonus Penjawat Awam, Cuti dan juga Skim-skim Perumahan baru yang dipekenalkan kepada kakitangan kerajaan.

Berikut antara ringkasan Intipati Bajet 2018 khasnya untuk penjawat awam yang perlu anda ambil tahu.

Isi Kandungan

INTIPATI BAJET 2018 PENJAWAT AWAM

Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam

14PERSARAAN

Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai yang berkhidmat sehingga umur persaraan.

13CUTI REHAT

Kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan dari 7 hari ke 10 hari setahun dan gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan

12SKIM PERUMAHAN PPA1M­PDRM

Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1MalaysiaPDRM (PPA1M­PDRM)

11CUTI BERSALIN

Meningkatkan kelayakan cuti bersalin dari 300 hari ke 360 hari sepanjang perkhidmatan tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun

10KENAIKAN KADAR PENCEN

Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

9KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED

Intipati Bajet 2018 - Cuti Bersalin dan Umrah

Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

8KEMUDAHAN CUTI UMRAH TANPA REKOD

Buat kali pertama kerajaan bersetuju memberikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

7TAMBAHAN WAKTU KERJA BERPERINGKAT

Untuk memberi fleksibiliti dalam perkhidmatan, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Bekerja Berperingkat iaitu bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petan.

6WAKTU KERJA FLEKSI UNTUK PAKAR PERUBATAN

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun seta memenuhi syarat tertentu akan diberikan kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

5WAKTU PULANG AWAL UNTUK PENJAWAT AWAM MENGANDUNG

Manakala khas untuk penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja Kerajaan juga dibenarkan pulang awal sejam. Syaratnya suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.

4PEMBELAJARAN

Bonus Bajet 2018 Kakitangan Kerajaan

Pembelajaran sepanjang hayat Pegawai Perkhidmatan Awam dengan melaksanakan Kursu Sarjana dan PhD secara inhouse.

3BONUS KHAS RM1500

Bayaran bonus khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan (2018)

2BAYARAN KHAS KEPADA PESARA KERJA KERAJAAN

Bajet 2018 Pelaksanaan Skim Perumahan Kerajaan

Pesara Kerajaan juga tidak dilupakan dalam Bajet 2018 kali ini. Bayaran khas sebanyak RM750 kepada pesara kerja kerajaan akan diberikan berperingkat. Iaitu, RM500 pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

 

1SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah idaman, mulai 1 Januari 2018, Lembagai Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akan melaksanakan:

  1. Membenarkan pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf
  2. Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan penjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian dari skop pembiayaan LPPSA.
  3. Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau join loan dari LPPSA antara suami-isteri atau anak-anak dengan syarat semua pemohon adakah anggota Perkhidmatan Awam.
  4. Membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami-isteri atau anak-anak dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.
  5. Manakala pemohon bersama bukan penjawat awam perlu mengunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here