Pembekuan Pengambilan Kakitangan Awam

Arahan pembekuan pengambilan Penjawat Awam 2015 telah menjadi isu utama perbincangan pelbagai pihak. Pelbagai penerimaan positif dan negatif di terima Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia selaku badan yang terlibat dengan pengambilan dan pengisian jawatan kerajaan di Malaysia.

Persoalannya sekarang ialah, adakah dengan pembekuan pengambilan kakitangan kerja kerajaan 2015 maka;

telah tertutup peluang anda membina kerjaya

Dan, apa pula yang perlu anda lakukan dalam pasca pembekuan pengambilan jawatan ini. Di bawah dikongsikan beberapa pelan tindakan yang graduan boleh lakukan dalam pasca pembekuan pengambilan penjawat awam 2015.

Pembekuan Pengambilan Penjawat Awam

RASIONAL PEMBEKUAN PENGAMBILAN KAKITANGAN AWAM

Sudah tentu terdapat rasional disebalik pembekuan pengambilan Penjawat Awam 2015. Antara yang paling utama ialah bertujuan untuk mengoptimumkan pengunaan sumber manusia yang sedia ada.

Cakap-cakap politik pula mengaitkan isu ini dengan masalah ekonomi dan politik negara. Walau apa pun masalahnya ia bukan waktu yang sesuai untuk menyalahkan sesiapa. Apa yang penting anda sebagai graduan mencari jalan penyelesaian sendiri.

KESAN PENGAMBILAN KERJA KERAJAAN DIBEKUKAN

Isu pembekuan pengambilan kakitangan awam ini telah memberi kesan kepada graduan yang baru menamatkan pengajian di Universiti. Kemana hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian sekiranya pembekuan ini diteruskan untuk satu jangkamasa yang lama.

Bagaimana pula dengan graduan yang sedang menganggur? Yang sukarnya mendapatkan pekerjaan walaupun telah lama mengisi borang kerja kosong. Kesudahannya mereka ini akan berasa muak mengisi dan memohon kerja kerajaan yang tidak pasti di mana haluan kerjaya.

Bagaimana pula dengan graduan yang baru? Yang masih berkira-kira mendapatkan segulung ijazah dan menamatkan pengajian 3-4 tahun dari sekarang? Sudah tentu mereka juga peka kepada isu ini.

Keseluruhannya isu pembekuan pengambilan kakitangan kerja kerajaan baru telah menjejaskan harapan ribuan pencari kerja yang ingin bekerja dalam sektor kerajaan di seluruh negara.

Pembekuan Pengambilan Kakitangan Awam

PELAN TINDAKAN PASCA PEMBEKUAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN

Persoalannya sekarang ialah, adakah hanya sektor awam dan kerja kerajaan merupakan haluan utama anda membina kerjaya?

Sedikit perkongsian dari kami beberapa pelan tindakan pasca pembekuan yang boleh anda lakukan bermula dari sekarang.

1. Kemaskini borang SPA8i lebih kerap.
Pengambilan jawatan kosong dalam SPA akan dikemaskini setiap hari. Setiap kakitangan kerajaan yang pencen, tamat kontrak atau meninggal dunia akan membuka jalan kepada anda. Mereka yang tidak mengemaskini maklumat akan ketinggalan dan persaingan semakin mengecil. Peluang untuk anda masuk kerja kerajaan akan menjadi lebih tinggi.

2. Rujuk jawatan kosong di agensi kerajaan.
Sebahagian besar maklumat ada di Fan Page Jawatan Kosong Terkini. Sebahagian besar pengambilan dari agensi kerajaan menerusi tapisan temuduga. Jangan lupa ada beratus-ratus agensi kerajaan di Malaysia.

3. Selidik peluang kerja di sektor swasta.
Cari pengalaman kerja sebelum anda diterima masuk ke sektor awam. Pengalaman kerja di sektor swasta boleh dijadikan modal persediaan untuk anda bekerja dan berkhidmat dalam sektor awam nanti.

4. Kemaskini resume kerja.
Sediakan resume yang berlainan untuk memohon jawatan yang berbeza. Pastikan objektif kerjaya dalam setiap resume juga berbeza. Setiap satu kerja yang dipohon mestilah menggunakan resume yang berlainan. Sediakan sekurang-kurangnya 6 set resume dengan 20 salinan.

5. Persiapkan diri anda dengan ilmu baru.
Luangkan masa sedia ada untuk tingkatkan skil kerja anda dengan pelbagai ilmu baru yang boleh menjadi nilai jual semasa anda memohon apa jua kerja. Jangan bergantung kepada kerja kerajaan semata.

6. Bersedia Mohon Kerja Agensi Kerajaan Negeri
Isu pembekuan pengisian jawatan kosong kerajaan bukanlah satu masalah besar sebenarnya sekiranya graduan tahu “lubang” atau “pintu belakang” untuk masuk kerja kerajaan. Semua hanya bertumpu kepada permohonan di SPA semata-mata untuk dipanggil temuduga atau menunggu dipanggil peperiksaan online SPA. Ramai yang terlupa peluang masuk kerja kerajaan melalui Agensi Kerajaan. Menjawat jawatan Agensi Kerajaan Negeri lebih mudah disebabkan ia tidak melibatkan peperiksaan. Calon layak akan terus dipanggil menghadiri temuduga.

7. Bekerja sendiri.
Ini antara perkara pertama yang boleh anda lakukan. Cuba “bekerja sendiri”. Rezeki bukan hanya dengan menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan sahaja. Ianya meluas dan anda tidak akan tahu dari mana datangnya rezeki anda.

APA KATA ANDA?

Sebagai graduan anda tidak perlu cepat melatah dengan isu ini. Pandang ianya sebagai isu positif, persiapkan diri anda sebaik mungkin dengan ilmu baru dan bersedia mencuba kerjaya baru yang bukan sealiran dengan kelulusan anda.

Jangan terlalu memandang serius isu ini kerana masih ramai yang tidak tahu bahawa SPA Malaysia TIDAK menutup sepenuhnya pengambilan kakitangan awam baru kerana urusan pengambilan kakitangan baru masih dilakukan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh kakitangan yang bersara, dibuang kerja dan yang berhenti kerja.  Oleh itu, pengisian tetap dilakukan tetapi terhad kepada jawatan tertentu sahaja.

Kongsikan juga dengan kami perasaan anda di ruangan komen di bawah agar luahan-luahan dan rintihan anda sebagai graduan dapat di baca pihak terlibat.

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here