Pegawai Tadbir dan Diplomatik: Satu Pengenalan Kepada Jawatan PTD

Isi Kandungan

KERJAYA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 MALAYSIA

Antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti ialah sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Sekiranya anda juga berminat menceburi kerjaya ini, maka anda sebagai calon PTD perlulah mempunyai kelayakan akademik yang dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

APAKAH ITU PTD?

Tahukah anda apa itu Pegawai Tadbir Diplomatik atau ringkasnya Pegawai PTD?

Secara ringkas, Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa.

Jawatan PTD Malaysia bermula dengan campuran sejarah, nilai politik dan ekonomi negara yang tersendiri.

SEJARAH JAWATAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Berdasarkan sejarah, skim Pegawai Tadbir Diplomatik wujud sebelum kemerdekaan lagi. Bermula seawal tahun 1896 apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya.

Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan dari situlah bermulanya sejarah penubuhan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dalam pentadbiran negara.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan kerjaya yang agak sukar jika hendak dibandingkan dengan kerjaya lain yang sama taraf. Untuk menjawat jawatan PTD juga bukan sesuatu yang mudah. Oleh yang demikian ianya dianggap sebagai salah satu kerjaya yang ekslusif dan berada pada kelas yang tersendiri.

Atas sebab ini juga, kerjaya ini menjadi idaman setiap calon yang terpilih sama ada untuk menduduki peperiksaan bertulis agar mereka dapat lulus cemerlang agar dapat mengisi kekosongan jawatan ini.

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, setiap calon perlu melalui beberapa proses penilaian dan pemilihan yang agak ketat. Hanya yang layak dan benar-benar terpilih akan berpeluang menyandang jawatan ini. Proses dan syarat pengambilan Pegawai PTD kini juga lebih ketat dari biasa.

Adakah anda tahu, dalam proses penapisan sahaja, seseorang calon perlu melalui 3 peringkat ujian yang bakal menguji kemahiran dan tahap ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh calon. Jadi sekiranya anda menginginkan kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, anda perlulah BERSEDIA.

Berdasarkan deskripsi tugas yang diberikan oleh pihak SPA;

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Proses interview PTD tidak semudah yang disangka, TETAPI jika anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.

TUGAS SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Berdasarkan deskripsi tugas PTD yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan menjalankan tugas-tugas seperti berikut. Antaranya ialah;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Tugas-tugas ini akan disesuaikan dengan perkembangan semasa negara, keperluan masyarakat dan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang baik perlulah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dinamik dan ideal.

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Sekiranya anda berminat dengan kerjaya ini dan anda layak untuk mengisi kekosongan jawatan PTD ini maka anda perlu membuat persedian awal. Bersedia di sini adalah dengan membuat persediaan rapi dari aspek fizikal dan mental.

Sebagai calon anda perlu bersedia dengan maklumat yang cukup, ini kerana ujian PTD menuntut pemahaman yang tinggi terhadap pelbagai isu semasa yang berlaku dalam negara. Dengan kata mudah, anda perlu peka dengan pelbagai isu semasa dan apa sahaja yang berlaku di sekitar anda. Ini kerana calon akan menjawab pelbagai soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir Diplomatik dalam Seksyen A peperiksaan nanti.

Tips: Pastikan anda peka dengan isu-isu dan hal berkaitan dengan PTD Malaysia.

Bukan itu sahaja, seorang calon juga akan di uji dengan pelbagai tahap soalan matematik di dalam Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Peperiksaan PTD. Lihat contoh soalan Matematik PTD.

Manakala bagi menentukan anda calon yang benar-benar layak menjawat jawatan ini, Seksyen C: Ujian Psikometrik PTD akan menanti anda. Anda perlu lulus ketiga-tiga Seksyen penilaian dengan cemerlang.

PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan dan gambaran jelas mengenai Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) calon boleh dapatkan panduan khas Peperiksaan PTD yang akan kami keluarkan nanti.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014
Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014

 BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

atau

LANGGAN MENDAPATKAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PTD M41

(Anda Perlu Melanggan Untuk Mendapatkan Review Copy Percuma)

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

LAMAN TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Kepada calon exam PTD yang lulus peperiksaan dan menanti masa untuk menghadapi temuduga PTD nanti, anda boleh dapatkan tips-tips dan panduan terkini mengenai temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik dengan melawat dan melanggan sebagai pembaca di laman berikut.

Laman Temuduga PTD Malaysia

Secara umumnya, laman Temuduga PTD Malaysia akan berkongsi tips-tips temuduga melalui email secara berkala kepada semua pembaca yang melanggan sebagai pembaca laman tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...