Semakan keputusan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 April yang lepas.

Untuk pengetahuan bagi sesi ambilan Penerangan S27 kali ini seramai 180, 808 permohonan telah diterima oleh SPA Malaysia melalui portalnya.

Dari jumlah itu seramai 11, 624 calon telah di panggil bagi menduduki peperiksaan pada 15 April lalu berdasarkan tapisan dalam bidang yang ditetapkan dan diperlukan oleh pihak SPA dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Namun dari jumlah tersebut hanya 7,888 calon menduduki peperiksaan dengan jayanya. Ini termasuk 14 orang calon yang menduduki peperiksaan online di luar negara.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

Keputusan peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 akan diumumkan di Portal SPA pada 20 April nanti.

Oleh itu calon terlibat peperiksaan boleh melakukan semakan pada tarikh tersebut untuk mengetahui sama ada layak temuduga Penolong Pegawai Penerangan S27 atau tidak.

TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Seperti biasa proses temuduga akan berlangsung serentak di seluruh negara. Antara tujuan utama temuduga diadakan adalah untuk memilih calon ideal yang layak menjawat jawatan ini.

Kepada yang terlibat dengan temuduga Penerangan S27 nanti jangan lupa mendapatkan panduan Temuduga Kerja Kerajaan yang dikeluarkan pihak kami sebagai persediaan tambahan anda menghadapi temuduga.

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here