Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan W27

Tahukah anda Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan W27 yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Penolong Akauntan itu sendiri. Untuk menjawat jawatan tersebut anda perlu lulus Peperiksaan Online Akauntan dan cemerlang dalam Temuduga Penolong Akauntan.

Prosesnya tampak mudah:

Duduki Peperiksaan -> Lulus -> Layak Temuduga -> Lulus -> Jawat Jawatan

Memilih untuk lulus maknanya anda sebagai calon perlulah membuat persediaan sebaik mungkin. Persediaan fizikal dan mental yang sebaiknya diperlukan.

Rujuk: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ini diadakan oleh pihak SPA Malaysia secara online. Oleh itu, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan.

Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Berikut sedikit perkongsian dari kami mengenai Contoh Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan bagi membiasakan anda dengan format peperiksaan Penolong Akauntan kali ini.

Format peperiksaan lengkap akan kami kongsikan di dalam panduan Peperiksaan Penolong Akauntan di bawah. Jangan terlepas mendapatkannya.

Isi Kandungan

KOMPONEN & FORMAT PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27

Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Penolong Akauntan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Penolong Akauntan membuat persiapan awal. Ia mengandungi 3 Seksyen utama iaitu Pengetahuan Am, Matematik dan Ujian Psikometrik.

Sila rujuk jadual panggilan Peperiksaan Penolong Akauntan anda semula untuk maklumat lengkap.

Setiap seksyen perlu di jawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA. Anda yang terlibat dengan peperiksaan Penolong Akauntan wajib lulus setiap  seksyen dan boleh hadir ke tapisan temuduga.

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PENOLONG AKAUNTAN W27

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Penolong Akauntan untuk rujukan anda.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

This slideshow requires JavaScript.

BAGAIMANA MENJAWAB SEKSYEN PENGETAHUAN AM?

Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta perkembangan isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang akademik.

Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN

Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Penolong Akauntan, Contoh Soalan Matematik Penolong Akauntan W27, Contoh Soalan Pengetahuan AM, Ujian Psikometrik dan pelbagai lagi topik peperiksaan. Contoh Soalan Penolong Akauntan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Penolong Akauntan nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan online Penolong Akauntan dari masa ke semasa.

Buatlah persediaan dari sekarang dengan mendapatkan nota Penolong Akauntan di bawah.

Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Tempah Panduan Penolong Akauntan Sekarang

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

Kredit Gambar: ShutterStock

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Semakan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Akauntan 2015

Keputusan Peperiksaan Online Penolong Akauntan 2015 yang diadakan baru-baru ini sudah diumumkan dan di buka untuk semakan....
Ujian Psikometrik Penolong Akauntan Contoh Soalan

Ujian Psikometrik Penolong Akauntan W27

Seksyen Ujian Psikometrik Penolong Akauntan Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Perakaunan. Ia Seskyen wajib dijawab dalam peperiksaan...
Contoh Soalan Matematik Penolong Akauntan W27

Contoh Soalan Matematik Penolong Akauntan W27

Cemerlang Matematik bukan jaminan calon menjawab dengan baik Seksyen Matematik Penolong Akauntan W27. Lihat Contoh Soalan SPA...