Syarat Pengambilan PTD 2014 Lebih Ketat

Pegawai Tadbir Diplomatik 2014: Syarat pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik akan diperketat!!!

Itu antara maklumat terkini yang kami perolehi. Sedikit sebanyak anda sebagai calon PTD perlu mengetahui mengenai proses pengambilan PTD terbaru ini. Ingat ia untuk persediaan anda, selain dari cukup syarat menjadi PTD.

Antara lain PTD 2014 perlu sertai 12 bulan kursus dan pelbagai kursus akan diterapkan dengan pelbagai konsep untuk membentuk Pegawai Tadbir Diplomatik unggul. Namun disebalik itu, calon yang terpilih menjawat jawatan PTD akan mendapat peluang kenaikan gaji baru, elaun dan kenaikan pangkat cepat.

Jika sebelum ini kadet PTD yang lulus peperiksaan hanya perlu menghadiri kursus DPA di INTAN sebelum di serap sebagai Pegawai PTD kekal. Kini proses telah berubah dan peluang menjawat jawatan tersebut menjadi lebih sukar.

Ianya merupakan transformasi yang dilakukan bagi memastikan pegawai PTD selepas ini datangnya dari kelompok calon yang lebih berkualiti dan mampu mengalas tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Jika di lihat kembali latar belakang Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, syarat pengambilan baru dan proses lantikan PTD ini merupakan sesuatu yang perlu.

Isi Kandungan

SYARAT BARU LANTIKAN PEGAWAI TABDIR DIPLOMATIK 2014

  • Kadet PTD perlu ikuti dua kursus diploma.
  • Kursus 5 bulan Siswazah Pentadbiran Awam (DPPA) di bawah Universiti Malaya (UM)
  • Diploma 7 bulan Pentadbiran Awam (DPA) di bawah INTAN
  • Kursus DPPA akan lebih memfokuskan konsep “ASKAR” termasuk sikap kemahiran, pengetahuan, ketangkasan dan berdaya tahan dengan menjalani kursus 30 jam kredit dalam 2 semester.
  • Kursus DPA lebih tertumpu kepada pembentukan peribadi calon.

Di atas merupakan antara syarat baru Pegawai Tadbir Diplomatik 2014. Kepada calon yang berminat atau yang akan menduduki peperiksaan PTD 2014 nanti pastikan anda mempersiapkan diri sebaik mungkin.

LULUS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Lulus peperiksaan PTD hanyalah merupakan tapisan awal sebelum calon benar-benar di uji dari aspek kemahiran, pengetahuan dan ujian lain.

Namun ramai calon gagal dalam tapisan awal iaitu kegagalan melepasi peperiksaan PTD. Bagi peperiksaan PTD 2014 pastikan anda melanggan sebagai pembaca untuk mendapatkan hebahan jualan terkini panduan khas peperiksaan PTD.

Pakej rujukan khas Peperiksaan M41 ini lengkap dengan huraian setiap Seksyen peperiksaan termasuk Seksyen Pengetahuan AM Pegawai Tadbir Diplomatik, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD, Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga Seksyen Ujian Sahsiah dan Minat PTD.

Sila daftarkan nama anda di bawah untuk mendapatkan pakej rujukan khas ini. Langganan boleh dibuat melalui borang langganan di bawah.

INGIN MENJADI PTD? APA KATA ANDA

Apa kata calon PTD semua, adakah anda bersedia dengan syarat terbaru di atas? (jika dilaksanakan)

Kongsi pendapat di ruangan komen di bawah. Semoga lebih bercambah idea rakan PTD semua.

  1. Bagaimanakah caranya untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar dpa?
    Apakah syarat kelulusan bagi mendaftar menjadi pelajar dpa?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Seksyen Pengetahuan AM F41 Susah Sangat Ker?

Calon F41 dah tentu dah buat persediaan sepenuhnya untuk exam 3 SEPTEMBER nanti kan? Ok sedikit "head-up" biar...

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...