Syarat-syarat Memohon Penolong Penguasa Kastam WK29

Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 adalah merupakan satu jawatan sokongan dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Penolong penguasa kastam akan ditempatkan di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia untuk menjalankan tugas berkaitan.

Berita baik buat anda yang berminat untuk memohon jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Baru-baru ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan hebahan tentang permohonan jawatan ini. Rujuk permohonan Jawatan Penolong Penguasa Kastam untuk maklumat lanjut.

kastam 1

Jika anda berminat untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam WK 29, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Anda akan menjalani beberapa proses pemilihan seperti peperiksaan, temu duga dan sebagainya sebelum anda menjawat jawatan ini.

CARA MOHON JAWATAN PENOLONG PENGUASA KASTAM

Untuk makluman, permohonan jawatan Penolong Penguasa Kastam adalah terbuka sepangjang tahun. Permohonan boleh dilakukan terus melalui Portal SPA Malaysia.

Calon yang cukup syarat kelayakan dan layak menjawat jawatan ini akan dipanggil menghadiri peperiksaan Penolong Penguasa Kastam sebelum ke fasa temuduga seterusnya.

Jadi, sekiranya anda mempunyai keinginan untuk menjawat jawatan ini pastikan anda lakukan permohonan rasmi melalui portal SPA Malaysia

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Sebelum anda mengemukakan permohonan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29, anda haruslah meneliti syarat-syarat kelayakannya terlebih dahulu. Pastikan diri anda memenuhi setiap satu daripada syarat-syarat terebut.

Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk anda mengemukakan permohonan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29.

Syarat Lantikan

1.) Warganegara Malaysia
2.) Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan jawatan.
3.) Memiliki sijil atau kelayakan seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. (Gaji permulaan pada Gred WK29 adalah RM1,498.00) atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. (Gaji permulaan pada Gred WK29 adalah RM1,498.00) atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred WK29 adalah RM1,776.08).

4.) Calon lantikan juga hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya mendapat Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak memohon dan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 (tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya mendapat Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau
  2. Lulus dalam peperiksaan khas
  3. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  4. Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  5. Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ANDA MILIKI UNTUK MENJADI PENOLONG PEGAWAI KASTAM WK29

Selain daripada syarat-syarat khas yang telah dinyatakan di atas, untuk menjadi seorang penolong pegawai kastam, anda haruslah mempunyai sifat-sifat berikut. Sifat-sifat ini bukan sahaja harus ada dalam diri seorang penolong pegawai kastam tetapi juga menjadi nilai tambah buat anda untuk dipilih bagi menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29.

Berikut merupakan sifat-sifat tersebut:

  • Mempunyai sifat amanah dan jujur,
  • Memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas
  • Berani
  • Berdaya-saing
  • Berpengetahuan luas tentang kerjaya sebagai kastam.

Kepada anda yang berminat untuk memohon jawatan ini, kemukakanlah segera permohonan anda. Anda akan melalui fasa peperiksaan sekiranya permohonan anda berjaya. Sekiranya anda lulus dalam peperiksaan tersebut, anda akan dipanggil pula untuk temu duga.

Baca juga: Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Pastikan anda membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan dan juga temu duga. Kami mendoakan anda berjaya!

RUJUKAN PTD ANDAPanduan Peperiksaan PTD 2017 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here