Tahukah anda yang terdapat 10 bidang latihan Separa Perubatan bertaraf diploma? Bidang latihan utama ini hanya ditawarkan kepada calon yang layak.

10 Bidang Latihan Separa Perubatan

Di bawah merupakan 10 bidang latihan Separa Perubatan yang ditawarkan;

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran,
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota),
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja),
  4. Latihan Jururawat,
  5. Latihan Jururawat Pergigian,
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan,
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian,
  8. Latihan Juru X-Ray,
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi,
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan,

Sebahagian dari calon mendapat tawaran lebih dari satu bidang. Tips pilih bidang latihan Separa Perubatan akan membantu anda untuk membuat pilihan bidang berdasarkan keutamaan.

Pemilihan perlu dilakukan dengan tepat dan terbaik agar anda lulus dalam peperiksaan Separa Perubatan dan dipanggil temuduga sekaligus menjadi pelatih.

Kenapa perlu pilih bidang latihan?

Mudahnya pilihan anda nanti akan

menjadi perkara asas untuk panel penemuduga membuat penilaian berkenaan latihan yang anda pilih.

Soalan temuduga Separa Perubatan yang bakal di tanya juga bergantung pada bidang latihan pilihan anda. 10 bidang latihan Separa Perubatan bertaraf diploma ini perlu anda pilih berdasarkan ciri-ciri seperti minat, kelayakan dan kemahiran yang ada dalam diri anda.

Baca juga: Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

Pilihan yang dibuat awal-awal lagi akan memudahkan anda membuat persediaan. Dengan cara ini anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang yang anda pilih. Ada calon yang ditawarkan lebih dari satu bidang latihan. Maka persediaan yang perlu dilakukan ialah menyatakan apakah pilihan bidang yang anda pilih semasa dipanggil temuduga nanti.

Sebagai contoh, anda ditawarkan 3 bidang latihan :

  1. Latihan Juru X-ray
  2. Latihan Jururawat Pergigian
  3. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Oleh itu anda harus pilih satu bidang yang benar-benar diminati dan boleh dikuasai. Soalan temuduga Separa Perubatan yang bakal ditanya akan berkisar tentang bidang pilihan anda. Beritahu panel penemuduga perkara-perkara yang menyebabkan anda memilih bidang latihan tersebut berbanding latihan-latihan yang lain.

Persoalan yang perlu anda fikirkan?

Adakah anda berminat untuk mengikuti latihan Separa Perubatan dan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Jika tidak berminat, anda tidak perlu menjawab soalan peperiksaan online Separa Perubatan. Jika anda hadir dan lulus peperiksaan online dan temuduga Separa Perubatan, dikhuatiri anda akan menyusahkan seperti tidak komited dalam pengajian dan cuai menjalankan tugas.

Jika tidak berminat, beri sahaja peluang kepada orang lain untuk memasuki Separa Perubatan. Jika anda memiliki keazaman dan minat yang tinggi untuk memasuki bidang ini, teruskan usaha anda. Sesudah anda menerima panggilan ke peperiksaan online Separa Perubatan, terus buat persediaan dengan pantas. Catit dalam kertas apa pelan tindakan untuk berjaya memasuki bidang Separa Perubatan.

Pelan tindakan lulus Separa Perubatan

Tumpukan perhatian anda kepada 2 seksyen utama dalam peperiksaan online Separa Perubatan iaitu :

1. Pengetahuan Am Separa Perubatan
2. Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk bersiap sedia bagi menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan.

1. Mencari maklumat Separa Perubatan di internet. Cara ini agak lambat dan memakan masa. Anda perlu habiskan masa yang banyak untuk mencari dan mengumpulkan maklumat. Itu belum termasuk dengan lambakan atau campuran maklumat yang belum tentu berkaitan dengan Separa Perubatan. Kalau buka Facebook, tak jumpa maklumat Separa Perubatan tapi jumpa pula maklumat lain.

2. Dapatkan ebook Rujukan Separa Perubatan. Anda boleh tutup internet dan tinggalkan Facebook bagi membuat persiapan dengan segera kerana ebook tersebut mempunyai sebahagian besar maklumat yang anda perlukan untuk menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan.

Bagaimana nak dapatkan rujukan tersebut?

Anda boleh membuat persiapan untuk peperiksaan online Separa Perubatan dengan mendaftarkan nama dan emel di bawah. Selepas mendaftar, semak semula emel anda di bahagian Inbox atau Spam Folder untuk membuat pengesahan.Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Tempah Panduan Peperiksaan Separa Perubatan

Link untuk mendapatkan rujukan tersebut hanya akan diberikan menerusi emel. Kegagalan anda untuk mendaftar akan mempengaruhi keputusan untuk mendapatkan rujukan tersebut. ingat, hanya mereka yang serius untuk berjaya akan dapat memiliki ebook Rujukan Separa Perubatan.

Kredit Gambar: ShutterStock

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here