KERJAYA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK SEPINTAS LALU

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti dan para graduan baru.

Sekiranya pelajar berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik yang baik, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jawatan ini agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui beberapa tahap penilaian sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap. Calon-calon yang  memohon serta layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki peperiksaan perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selepas itu, mereka akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Secara asasnya berikut merupakan aliran pengambilan PTD Malaysia.

Mohon – Menduduki Peperiksaan – Temuduga – Menjawat Jawatan PTD

Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan dilantik ke jawatan itu secara sementara. Di peringkat ini, calon perlu mengikuti latihan di Institut Tadbiran Awam Negara. Selepas menamatkan pengajian, bakal PTD akan dianugerahkan Diploma Peng­urusan Awam. Selepas mendapatkan diploma tersebut, barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.

Secara ringkas, berikut merupakan antara tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang perlu diketahui oleh seorang calon.

TUGAS-TUGAS UMUM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Secara umumnya, di antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah;

merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi;

hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Apa yang paling menarik, seorang PTD juga diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di kedutaan dan Pensuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. PTD menawarkan gaji yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir lain selain menikmati elaun-elaun serta insentif-insentif lain.

Untuk melayakkan calon mendapat peluang berkhidmat di Kedutaan dan Pensuruhjaya Tinggi Malaysia, seorang calon perlulah mempunyai ciri kepimpinan PTD yang ideal.

8 BIDANG TUGAS UTAMA PTD

Tanggapan seorang PTD hanya melakukan kerja-kerja berkaitan politik juga perlu di kikis. Ini kerana tugas PTD pelbagai. Terdapat 8 bidang tugas utama PTD dan seorang calon perlu “groom” diri masing-masing untuk 8 bidang yang telah dikhususkan ini.

Berikut merupakan 8 bidang tugas utama PTD sekiranya anda hendak menjadi PTD:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Peranan seorang PTD dan bidang tugas PTD berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan negara. Perubahan ini dipengaruhi struktur politik, keselamatan, ekonomi dan sosial negara.

Sebagai contoh pada era 60-an PTD banyak tertumpu dalam bidang pentadbiran dan pengurusan manakala pada era 90-an PTD lebih tertumpu dalam pembangunan sektor ekonomi.

Perkembangan pesat teknologi dan maklumat kini mungkin akan mempengaruhi tugas dan peranan seorang PTD.

PEPERIKSAAN MEMASUKI BIDANG KERJAYA PTD M41

Sebelum seseorang calon di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, calon tersebut perlulah lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik telah ditetapkan terlebih dahulu.

Lihat: Apa Nak Baca Untuk Persediaan Peperiksaan PTD?

Kebiasaannya calon yang lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Pegawai PTD dengan baik.

PEPERIKSAAN ONLINE PTD

Berdasarkan sistem peperiksaan terbaru SPA, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan diadakan secara online. Untuk menjawab dengan baik pastikan anda memberi perhatian kepada Contoh Soalan Peperiksaan PTD yang lepas. Gunakan kelebihan sebelum menduduki peperiksaan untuk kenalpasti topik dan jenis soalan yang di tanya.

Asasnya berikut merupakan format peperiksaan PTD 2016 mengikut seksyen yang dikeluarkan pihak SPA Malaysia.

  1. Pengetahuan AM Malaysia
  2. Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD

Jadi beri perhatian kepada setiap seksyen untuk menjawab dengan baik.

PANDUAN PEPERIKSAAN PTD

Untuk menjawab dengan baik juga pastikan anda mendapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang kami keluarkan. Pelbagai tips peperiksaan lepas kami kongsikan kepada calon peperiksaan lepas.

Untuk mendapatkan panduan Peperiksaan PTD pastikan anda mendaftar sebagai pembaca laman ini melalui link di bawah. Kami akan hebahkan link tempahan terus ke email anda.

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014
Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017

Contoh Soalan Peperiksaan PTD

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here