Tips Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik – Kenali Diri Anda

Sebelum anda di terima dalam mana-mana organisasi atau sektor pekerjaan, kebanyakan dari kita akan menghadiri proses “pemilihan”. Lebih tepat lagi proses temuduga.

Temuduga adalah satu proses di mana seseorang calon akan di nilai dari pelbagai aspek. Pengetahuan tentang diri, asal sejarah, pentabiran kerajaan, ekonomi, politik dan pelbagai lagi topik yang difikirkan perlu sebelum calon di terima menjawat sesuatu jawatan.

Begitu juga halnya dengan temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik, sebelum seseorang calon di lantik menjawat jawatan tersebut, anda akan menghadiri proses temuduga yang agak mencabar.

Sedikit perkongsian dari pihak kami mengenai temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik adalah mengenai “Kenali Diri Anda”.

Sebagai seorang calon yang akan ditemuduga anda haruslah terlebih dahulu cuba untuk mengenali diri anda sebaik mungkin. Sebelum anda cuba untuk menghalusi tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, fungsi kerja anda atau perkara-perkara lain yang berkaitan.

Berdasarkan perkongsian calon-calon yang telah di temuduga, soalan pertama yang akan diajukan adalah berkaitan dengan diri anda. Selepas itu barulah proses temuduga tersebut berkembang ke topik-topik lain berkaitan.

TIPS TEMUDUGA PTD: KENALI DIRI ANDA

Berikut sedikit tips yang dapat kami kongsikan mengenai tips temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik yang pihak kami rasakan perlu untuk anda ambil berat.

Kenali Diri Anda Dengan:

  • Ambil sedikit masa memikirkan mengenai matlamat, kelebihan, kemahiran, kebolehan dan kekuatan diri anda. Lakukan sedikit catatan, apa kekuatan anda berbanding calon lain.
  • Fikirkan tentang penyertaan anda dalam organisasi, kelab, pasukan dan program. Apa kekuatan utama anda dalam program-program yang anda sertai. Bagaimana anda boleh menyumbang dan bagaimana anda boleh menjadi “key player” dalam organisasi tersebut.
  • Siapa yang mempengaruhi kehidupan anda. Siapa mereka? Mengapa mereka mempengaruhi anda? Mengapa mereka penting? Fikir dan lakukan sedikit catatan atau brainstorm mudah.
  • Bijak menjual kelebihan diri anda tetapi awas jangan berlebihan.

Proses mengenali diri adalah sesuatu perkara yang amat penting. Tambahan pula untuk menjawat jawatan besar dalam sesebuah organisasi seperti Pegawai Tadbir Diplomatik.

Lebih cepat anda mengenali diri anda, lebih mudah untuk anda memahami perkara lain yang berkaitan dengan PTD itu sendiri atau perkara lain yang lebih meluas.

Contoh soalan yang mungkin di tanya:

Soalan: Cerita serba sedikit tentang diri anda? (Maknanya anda perlu menerangkan butiran diri anda, tahap pelajaran, keluarga anda, perkerjaan sekarang dan lain-lain yang berkaitan.

Sebenarnya penemuduga mahu lebih mengenali anda dan tiada yang lebih baik untuk menceritakan tentang diri anda selain dari anda sendiri.

Kredit Gambar: Happy Business People ShutterStock

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...